Wednesday, March 30, 2011

Beriman sejenak

Alhamdulillah. Syukur.
Allah pilih aku, Allah muliakan aku, untuk duduk2 beriman sejenak bersama akhwat2 INTEC & UM. (akhwat fillah! anda sume sgt sweet! jzkk)
Masjid besar shah alam itu sungguh indah! ditambah dengan suasana malam, nampak lampu2..dan yang paling penting, kalimah2 Allah yang terukir di ruang masjid dan juga pada kubah..begitu indah! begitu terasa izzah! begitu terasa dekat dengan Allah! Maha suci Allah, yang telah mengilhamkan pada manusia untuk mencipta sesuatu..

Sharing~

Umurku hanya sebentar.

وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ
"Whomsoever We grant a long life, We reverse him in his constitution**.
Do they still not understand?"
[36:68]

**Reverse him in nature, means that in old age Allah turns him back to the state of childhood. He becomes unable to stand and walk without the help and support of others; he is fed by others; he urinates and defecates in bed; talks childishly and is laughed at by others. In short, towards the end of life he returns to the same state of weakness with which he had started lift in this world.

Kita selalu minta dipanjangkan umur, sedangkan pada akhirnya, kita akan kembali juga menjadi seperti anak kecil. Tapi, apa GUNANYA kalau kita hidup hingga 1000 tahun sekalipun tetapi tidak berguna pada agama? Sungguh benar akan hadis nabi, kita telah terkena penyakit wahan, iaitu penyakit CINTAKAN DUNIA, TAKUTKAN MATI. Setiap langkah, setiap detik yang kita lalui, kita akan ditanya apa yang kita lakukan..sejauh mana usaha kita membawa agama Allah ini? sejauh mana kita menyebarkan kalimah syahadah itu? sejauh mana kita, sebagai 'abid & khalifah, menjalankan tugas kita?

Matlamat kita lebih besar.

Matlamat kita LEBIH BESAR dari dunia & seisinya..mungkin pada orang lain, kita hanya menghabiskan duit, masa & tenaga- ke sana ke mari, pegi sana pegi sini..x penat ke? tetapi ketahuilah, kita adalah diantara orang2 yang dimuliakan Allah..dan mereka? jangan salahkan mereka kerana mereka tidak tahu dan tidak faham, tugas kitalah untuk memberitahu dan memahamkan..
Matlamat kita bukanlah SETAKAT belajar sampai ke peringkat phd semata2, bukan juga SETAKAT untuk capai yang terbaik dalam kerja- dapat pujian2 dari bos, pekerja etc..tapi matlamat kita LEBIH BESAR dari itu! sebab kita yakin..kita beriman...yang dunia ini hanya seketika cuma, hanya fatamorgana...di akhirat kelaklah PENENTU kayakah kita..PENENTU bahagiakah kita..PENENTU SEGALANYA..bermulanya hidup sebenar kita, adalah apabila kita terjaga dari mimpi (dunia), iaitu apabila kita memasuki alam barzakh dan seterusnya alam akhirat kelak..jika baik amal kita di dunia, maka berbahagialah kita..beruntunglah kita..

al-Haq

[36:20-27]
sile tadabbur =)

Betapa lelaki itu (yang diceritakan dalam ayat2 di atas) sebaik sahaja mengetahui kebenaran (al-haq), walaupun punya ilmu yang sedikit, tetapi dia bersungguh-sungguh untuk sampaikan apa yang dia faham pada kaumnya. Bergegas dia datang dari tempat yang jauh hanya untuk sebarkan al-haq! Subhanallah..hebat! Dan akhirnya, dia syahid..kerana telah dibunuh seusai sahaja dia melafazkan al-haq..keimanan dan kekuatan yang dia miliki sangat tinggi! walaupun punya ilmu yang sedikit..
Dan kita, perlu ada rasa sebegitu! kerana itulah tugas kita..menyebarkan al-haq! Apalah sangat ujian kita hari ini..hanya semata2 kerana kawan mengejek "konon baik sangatlah tu" terus kita rasa down..x nak jalankan tugas dakwah..hanya semata2 nak jaga hati kawan, terus kita lupakan untuk mentarbiyyah dia..hanya semata2 keluarga tidak membenarkan, kita berputus asa (huu, pujukla diorg baik2)..hanya semata2 terasa diri masih kurang ilmu, x perfect, kita pn menjauhkan diri dengan dkwah & tarbiyyah..(ade ke org perfect?)
Jangan begitu, wahai diriku dan sahabat2 sekalian..lakukanlah kerana Allah..

"Jagalah Allah, Allah akan jaga kita" ukhti maryam.

Ya, bilamana kita melakukan kerana Allah, meletakkan seluruh pergantungan kita hanya kepadaNya, insyaAllah..itulah yang terbaik..

No comments:

Post a Comment