Tuhanku maha pengasih.
Tuhanku maha penyayang.
Apa lagi hendak ku gusar?
CintaNya x pernah gagal.
CintaNya x pernah mengecewakan.
Yang menjadikan aku,
Dari setetes air yang x berguna pada asalnya,
Hinggalah aku keluar dari perut ibuku,
Dalam keadaan cukup sempurna sifatnya.
Alhamdulillah. syukur. syukur. syukur.
Terima kasih Allah,
Atas segala nikmat yang Engkau berikan.
Nikmat islam. Nikmat iman.
Dan segala nikmat yang x mampu kunyatakan di sini.
Terlalu banyak!
Dan...
Betapa bertuahnya aku!
kerana dipilih untuk lahir dari perut seorang islam.
Namun, mengapa kerap kali diri ini memungkiri janji?
Janjiku pada Mu yang telah kulakukan sejak sebelum aku lahir didunia..
Dan...
Dikala seluruh alam dan seisiNya bertasbih & memuji Mu,
mengapa masih ada lagi yang tegar membuat kemungkaran?
Termasuklah diri ini..
Ya Allah,
ampunkanlah kami..
Jadikanlah kami da'e2 yang sentiasa menegakkan agamaMu..
Peliharalah hati2 ini,
supaya terus thabat di jalanMu..
No comments:
Post a Comment