Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

selamat hari pendidik =)

Bismillah..

Indahnya cinta bila disandarkan pada Allah dan rasulNya =)

Segala puji-pujian selayaknya hanya bagi Allah..Tuhan semesta alam...yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..

Alhamdulillah..dah sebulan lebih dah bergelar isteri kepada zauji tercinta, Mohd Shafie bin Ibrahim..all I can say is..Alhamdulillah =) syukur sangat2 pada Allah atas hadiah yang sangat indah dan berharga ni..

Well, baru2 ni umumnya kita celebrate hari guru kan? Hee. Bagi aku zauji lah pendidik yang terbaik setelah Allah dan rasul =) Dia seorang yang soleh..sangat2 penyayang..sangat2 penyabar..tak pernah complaint apa2, redha jer..hee..dan yang paling penting, dia banyak didik aku supaya aku jadi isteri yang solehah..
Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah..atas segala nikmat..

Maka benarlah pernikahan itu melengkapkan sebahagian agama..menginsafkan..memberi ketenangan..membahagiakan..membuat kita lebih banyak bermuhasabah agar mensyukuri segala nikmat Tuhan yang dilimpahkan..

Allah lah yang menciptakan hujan..dan Allah juga lah yang menciptakan pelangi. Kehidupan ini memang indah bilamana kita berbaik sangka pada ketentuanNya.. =)

Buat zauji tercinta..selamat hari pendidik..moga cinta kita kekal hingga jannah, inshaaAllah..terima kasih atas segala2nya.. <3

Wassalam. 

Tuesday, April 22, 2014

Just married =)

Bismillah..   
                                                             
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan? [Ar-Rahman:13]


Mohd Shafie Bin Ibrahim.. <3

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
*sujud syukur*

sekian.

Sunday, January 19, 2014

krik krik


Bismillah..


4 everything, I turn to Him. 
Rabbi yassir wa la tu'assir.

wassalam.

Wednesday, December 25, 2013

ummi mumtazah maridi..

Bismillah..






kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita kehilangannya..tetapi mengapa eh mesti macam tu? wahai diri..

aku rindukan kak mum..wahai Allah. dia seorang yang sangat baik..dia bersabar dengan karenahku..berusaha untuk menunaikan hak2 padaku..berusaha buat sehabis baik untukku..terlalu banyak jasanya untuk aku nyatakan di sini..wahai Allah, sungguh aku amat2 menyayanginya keranaMu...

wahai Allah, panjangkanlah umurnya dalam keadaan sihat walafiat..sembuhkanlah dia..tiadalah yang lbih berkuasa untuk menyembuhkan melainkan Engkau ya Rabb..mohon agar aku sempat berjumpa dengannya..mohon agar aku dapat lagi duduk dalam satu halaqah bersamanya..
amin..

:'(

Wednesday, February 6, 2013

backbiting?

Bismillah..
Sollu 'alannabi..

Okay, forget all those things yang mengganggu fikiran. Hihi. ku sedari ketidakmatangan ini :P
Alhamdulillah, aku baru sampai Leeds hari isnin lepas, 4feb pukul 12.45pm (waktu leeds)..macam biasa, almost 2 days aku travel..duduk berjam2 dalam plane dan bus, alhamdulillah pengalaman terrbaik yang Allah kasi :) macam-macam ujian aku tempuhi..dan alhamdulillah, Allah sentiasa menemani, menjaga..dan memelihara.. *wahai diri, mohon bersyukur.. kalau nak cerita segalanya kat sini memang tak la kan, huhu, macamla ade orang nak bace pun :P
Dan esoknya terus aku start class..huhu..memang jet lag ler..class aku non stop dari pukul 2-6pm..aku sedaya upaya menahan mata dari mengantuk, yela kalau kat malaysia pukul 6pm tu da pukul 2am..memang peningla kepala..dan yang lagi bestnye hari pertama dah dapat task yang super best gileee..aku kena buat draft untuk project sebanyak 8000words dalam masa 2 weeks..huhuhu, alhamdulillah.. ^_^ tu baru project, belum task untuk modules.. wahahaha.. terbaik :')
Sometimes kan..aku rasa cam x layak je belajar kat sini..terasa macam x mampu nak catch-up :( student2 kat sini semuanya pandai2..aku ni biasa2 je..dan ini tahun akhir, bukan tahun pertama..dats mean, markah yg aku dapat ni, markah ni lah untuk final cgpa aku..
Huuuuuuuuuuuuu. down gila.. tapi bila melihat gambar family, semangat aku naik kembali..apepun aku tetap akan berusaha! usahaa! Diorang hantar aku sejauh ini..diorang yakin dengan aku..aku x boleh hampakan harapan diorang..dan aku yakin, ada hikmahnya Allah hantar aku sejauh ini.. *mohon bersyukur..

Okay, sudah2lah cakap tentang diri sendiri kan, hihi..bukannya orang nak ambil tahu pun :P
nak dijadikan cerita, selepas aku balik dari class, aku memang ler mengantuk gila tapi disebabkan aku x bawak kunci so x boleh la nak balik rumah..kawan aku ajak gi dengar islamic talk, so disebabkan aku pun x bole nak balik rumah, nak stay kt library memang tak la kan sebab mengantuk, so aku pun setuju untuk pegi talk tu..yang sebenarnya Allah memilih aku untuk dengar talk tu :')

Anyway aku nak share sedikit ape yang aku dapat. (talk ni tentang backbiting ataupun dlm bhs arabnya ghibah..ataupun dlm bhs melayunya mengumpat)
Well dosa yang paling senang untuk dibuat, dan setiap hari mesti punyalah ade terbuat or sengaja buat adalah mengumpat. setuju x? aku setuju..
dan dosa yang sukar untuk diampuni adalah mengumpat. setuju x? aku setuju..cuz kalau kesalahan lain seperti minum arak, zina, tinggal solat etc kita boleh bertaubat pada Allah, dan insyaAllah semoga Allah mengampunkan dosa2 kita..tapi kalau mengumpat, kita minta ampun macam mana pun dengan Allah, tapi selagi orang yang kita umpatkan tu tak maafkan kita, selagi itulah dosa itu kekal.. na'udzubillah..

Ade beberapa sebab kenapa kita mengumpat,
1-sebab cemburu dengan kelebihan orang lain. so bila nampak je keburukan orang tersebut, terus je nak cerita kat orang.
2-sebab mengisi masa terluang. huhu. betul gak cuz kekadang bila ade masa terluang, pulak tu da lama x jumpa kawan2, mula lah nak cerita itu dan ini..
dan sebab2 lain aku x ingat sangat, cuz mengantuk time tu..huhu

Dan aku nak tegaskan kat sini, mengumpat itu adalah pointing/saying/imitating perkara yang benar pada orang lain tentang seseorang, yang kalau orang tu dengar dia tak suka. Baik dibelakang orang tersebut mahupun dihadapannya (public). kalau bohong tetang seseorang, itu dikira fitnah :')

Ade beberapa situasi yang membenarkan kita untuk mengumpat seperti:
1-untuk menghentikan seseorang itu daripada buat jahat. contohnya seseorang tu merompak, so kita kenalah bgtau polis etc..etc..
2-untuk menasihati orang tu. tapi bukan secara public, juga bukan dengan cerita kat orang lain, tapi bersemuka dgn dia, dan secara berhikmah..
3-untuk menghentikan berita yang x benar yang disebarkan oleh seseorang.
dan beberapa situasi lain yang boleh anda google.

well, tak mudah kan? kadang2 kita rasa macam nak meluahkan perasaan bengkek kita pada sahabat baik kita, ataupun family kita..tapi sebenarnya kita dah ter'mengumpat..huhu..may Allah forgive us..dan orang yang mendengar ghibah/backbiting/mengumpat ini juga dosanya sama seperti org yang mengumpat..so, ape yang bole dibuat adalah stopkan perbincangan itu dari mengumpat ataupun just tinggalkan perbincangan itu pegi tempat lain..

Untuk kita bersihkan diri dengan dosa ini, of course pegi minta maaf kepada tuannya..i mean orang yg kita umpatkan..kalau x jumpa orang tu (cuz da lama berlalu) then banyakkan doa untuk orang tu..n banyakkan bersedekah..

Semoga Allah mengampuni segala dosa yang lalu..amiin..
Dan kepada sesiapa yang mengenal diriku, aku pohon..maafkan segala kesilapan yang aku dah buat, samada secara sengaja ataupun tidak..semoga Allah merahmatimu, menjagamu dan melindungimu selalu..

Setakat ini sahaja perkongsian, salah dan silap harap tegur. Semoga bermanfaat kepada diri sendiri yang terutama, juga buat semua..

Wallahu'alam.

Thursday, March 15, 2012

ukhti humaira

Bismillah..

Sedang aku merindui semua akhawat yang aku kenal dalam tarbiyyah ini, tiba2 aku menerima sms dari satu nombor yang tidak kukenali..

"Assalamualaikum shbtku..sy sgt rindukan awk.jgn reply msg ni sb warden pny hp..-shbtmu yg merinduimu: humaira."

Lantas menitis air mata ini.. :(
ya Allah, aku terlalu rindukan dia..rindu sgt2..
dia..sahabat yang sentiasa ada d sisiku..baik tika susah, mahupun senang..
sahabat yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan..

terlalu banyak kenangan bersamanya..

kerinduan ini.....hanya kerana Allah..... :(



sahabat yang baik..
adalah apabila kita melihatnya,
lantas segera mengingatkan kita pada Allah..

buatmu, humaira..
saya sayang awk, kerana Allah..
jzkk atas segalanya..


Wednesday, February 15, 2012

dan bersabarlah..

Bismillah..

Sabar. Perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Aku akui aku bukanlah insan yang terbaik, bukanlah insan yang tinggi kesabarannya. Sometimes aku rasa banyak perkara yang x adil berlaku dalam hidup. ya..dalam dunia ni mana ada yang adil..sebab manusia sendiri banyak khilafnya..hanya akhirat kelak, tempat yang paling adil..kerana Allah, Maha Adil.. Huu, hari ni ade sedikit tension, err, sebanyak rasanya..sabar..sabar..

Dalam aku mencari sebuah ketenangan, tiba2 aku terjumpa kata2 smangat ni:
Dan, kerana Allah, bersabarlah.

Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…

bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…

dan kerana Allah, maka bersabarlah..

tiada ketentuan yang sia2.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.

Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

Subhanallah. sweetnya kata2 ni. "dan kerana Allah, bersabarlah" ada dalam surah al-muddathir. Moga kita sntiasa berusaha untuk menguatkan kesabaran. chayo2! gambate! fighting2! :p

Wednesday, December 21, 2011

classmets

Bismillah..

Ni sebahagian dari budak2 kelas aku, (bru je amek gmba td, last day kami) hu..pejam celik pejam celik da 3 tahun kami bersama. hurmm, banyak kenangan bersama diorg ni..ape2pn alhamdulillah, syukur..tamat juga aku blaja d masterskill..dan yg pastinya pjuangan aku x terhenti d sini, pjalanan hidupku masih panjang..

Monday, December 12, 2011

kem survival iman 2


Bismillah..

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Mendengar akan doa hamba2Nya. Syukur, setelah sekian lama, program kem survival iman siri 2 dapat dilaksanakan dengan lancar, alhamdulillah3x Allah bagi kekuatan, Allah permudahkan jalan.
Semoga MIM terus kekal sebagai medium dakwah dan tarbiyyah.

dan pastinya..aku akan merindui setiap detik & saat aku bersama MIM..

Saturday, December 3, 2011

-_-

in the name of Allah.

Hari-hari yang berlalu, penuh liku.
Dalam aku melangkah, terkadang aku terjatuh.
maafkan aku. maafkan aku.
seandainya kau tahu, betapa aku menyayangimu..

ya Allah, mana mungkin aku melangkah jika tanpa bantuanMu..
mana mungkin aku bergerak, jika tanpa restu kedua orang tuaku..
ampunkanlah aku, berikanlah aku kekuatan..
tunjukkanlah aku jalan..kurniakanlah aku kesabaran..
berilah kefahaman kepada insan2 disekelilingku..
ya Allah, peliharalah hati ini, tarbiyyahlah diri ini dengan sebaiknya..
amiin..

Tuesday, November 15, 2011

ujian. hadiah dr Nya.


Ya Allah,
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia,
Engkau juga sukakan pengampunan,
maka ampunkanlah aku.
amiin..

“ Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan berkata : ‘kami beriman’, padahal mereka belum di uji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah betul-betul mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Ia betul-betul mengetahui orang-orang yang berdusta “ (QS. Al- Ankabut :2,3)



Wednesday, October 19, 2011

21 tahun



umurku hanya sebentar..
ku pohon sejuta kemaafan,
kerana diri ini punya 1001 kekurangan..


Sunday, September 18, 2011

building blocks


We are approaching the time to upgrade our building of TAQWA.

So as to shape ourselves to become high-quality bricks of the holy building of ISLAM.

“Verily, Allah loves those who fight in His Cause in rows (ranks) as if they were a solid structure.”
(61:4)


-taken from langitilahi.com


Thursday, August 25, 2011

26 ramadhan 1432

Bismillah..

for some reason..i hate myself :( a lot**
ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara2 yang Engkau murkai..
ya Allah, redhakanlah usaha kami..
ya Allah, berikanlah aku kekuatan, dalam menempuh ujianMu..

****

menyingkap erti sebenar kita puasa..knp kita perlu puasa..
check al-baqarah:183 ^_^
puasa bukan smata2 menahan lapar & dahaga..
bukan semata2 solat tarawih..
bukan smata2 nak buat kebajikan skit2..
puasa d wajibkan kepada kita utk menjadikan kita org yang bertaqwa..!

****

Pengertian taqwa (sumber dari iluvislam)

Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".[2]

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".

****

so..nilai kembali, posmortem hati..stakat 26 hari kita puasa ni, meningkat atau x taqwa kita pd Allah? klu diri masih melakukan pkara2 yang Allah x suka- masih melewat2kan solat, masih berbohong, masih tidak menutup aurat, masih merokok, masih terjadi ikhtilat etc, maka kita sendiri nilai, sjauh mana quality puasa kita..adakah kita tergolong dlm golongan yg berpuasa tp x dapat apa pn slain lapar dan dahaga? na'uzubillah..

Andai..ini ramadhan terakhir buat kita..
andai..sesaat lagi kita akan pergi menemuiNya..
maka akan terputuslah segala nikmat yg Dia pinjamkan buat kita..
tiadalah lagi belaian manja si ibu..tiada lagi gurauan senda kawan..
kita hanya seorang..seorang!
menghadapi hari muka..
wahai diri, sedarlah..umurmu hanya seketika..
kembalilah, pada Dia, yang maha Esa..

wallahu 'alam


Friday, August 12, 2011

buat awk, cik balkis.

cik balkis..
saya terharu bila awak ingat pada saya..
saya sangat2 terharu, walaupun awk sakit n banyak perkara yang awak dah x boleh ingat, tapi awk masih ingat pada kenangan2 kita..
awak, sahabat baik saya yang pertama kat masterskill..awak, banyak bagi dorongan pada saya..
selalu saya bayangkan, kalaulah awak ada skarang, bersama2 dengan saya..menggerakkan islam d sini..alangkah indahnya..seperti suatu ketika dahulu, kita aktif bersama2..

saya rindu awak la :(


Monday, August 8, 2011

apa2 sahaja~


kepala sangat berat. hu~
ade sedikit kedukaan di sini..x dapat lakukan dengan baik untuk sesuatu perkara..
terasa bagai..dihempap dengan objek yang agak besar..objek yang agak luas diameternya..
bibir mudah melafazkan sabar..mulut laju melafazkan tenang..
tapi hatilah yang menanggung duka..
andai, jika, kalau, if..kerap skali perkataan2 ini terbit dari bibir..

astaghfirullah..

jangan sesekali begitu, wahai diri..
jangan menyalahkan takdir, andai diri sendiri kurang doanya..kurang usahanya..
moga setiap detik dan saat, adalah menjadi hamba Allah..redha dengan ketentuanNya..


Saturday, August 6, 2011

Detik..






Setiap detik yang d lalui..adalah detik2 yang terakhir..
x kan mungkin melalui detik yang sama..pada masa yang akan datang..
Maka, syukurilah atas segala nikmat yang diberi..
Manfaatilah setiap detik yang ada..
Kerana setiap detik, akan d pertanggungjawabkan d hadapan Allah s.w.t..




dan kerana Allah, bersabarlah..
dan kerana Allah, lakukanlah..

Friday, July 29, 2011

mama..

"adik, mama bole makan skeping roti fiber je time pkul 7.30mlm nanti. then ubat kene ambil pkul 8mlm" -kakak.
"skeping je?? mana cukup..! lps pkul 8 tu, bila lagi mama bole makan?"-aku
"esok pagi pulak..adik, adikkan tahu keadaan mama" -kakak

dan sewaktu aku menyuapkan makanan, mama makan dengan bersungguh2..mama lapar..tapi aku x mampu nak buat apa2.. :(
mama, maafkan adik..

ya Allah..bila akan berakhir semuanya? aku mahu lihat senyuman diwajahnya..aku mahu berbual2 lebih masa dengannya..

i miss her. very much.

Wednesday, July 27, 2011

ramadhan kareem


ramadhan kareem :-)
moga d terima segala amalan kita..
dan,
moga pada bulan barakah ini,
kita d tarbiyyah dengan sebaiknya..
amiin.

Tuesday, July 5, 2011

Allahu ghayatuna



Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon cintaMu dan
cinta orang yg mencintaiMu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah,
apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai,
maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai.
Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai,
maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah,
jadikan cintaMu sesuatu yang paling kucintai
daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah,
jadikan aku mencintaiMu, mencintai malaikatMu, rasulMu dan hambaMu yang soleh.

Ya Allah,
hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yg Engkau cintai.

Ya Allah,
jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu".

ameen.