Monday, April 18, 2011

Masa lapang yang MEMBUNUH!



Perkara yang paling aku x suke- balik melaka!

Terlalu banyak masa lapangku, terasa masa itu mengalir dengan deras begitu sahaja. astaghfirullah.

Aku cube..aku cube..

memanfaatkan masa yang ada..kerana kelak, aku akan dipersoal..

"masa yang ada, kemana kau gunakan?"

aku..takut.. kelak diri ini akan dipertanggungjawabkan..

kelak diri ini akan dipersalahkan..

kerana tidak menjalankan tugas sebagai khalifah..& sebagai 'abid..


dan pada ketika ini, aku sedang berada disekeliling insan2 yang belum memeluk islam..

insan2 yang x faham islam..

namun, apa yang aku lakukan?

apa usahaku untuk menyebarkan al-haq?

hanya menunjukkan sikap yang baik sahajakah? setakat itu sahaja?

dikala aku diberi masa yang sungguh banyak,

sedangkan, para da'e d luar sana pula mengejar masa..


sungguh..

masa lapang ini..membunuh!


~cepatlah aku habis praktikal kt cni!! x tahan..

Friday, April 15, 2011

kasih-sayang fillah..


Wahai insan2 yang aku kasihi semua..


Nak share sumthin yang baru aku dapat, sumthin yang sangat terkesan dihati ini..ekcelikan, kalau apa2pn, bila Allah beri kefahaman & beri tarbiyyah, semuanya menyentuh hati..maka AMAT RUGILAH jika diri ini masih berada dalam kefuturan..astaghfirulah..


Cdt to: sheikh K & ukhti lee.


********


Di dlm hadis ada menyebutkan ketika berlakunya hari pengadilan hukum d pdg masyar kelak, maka akan dihadapkan 2 org lelaki yg saling berkenalan sewktu d dunia. setelah di hisab, maka Allah swt memerintahkan agar seorg drpd mereka di masukkan k dlm syurga n seorg lagi ke dlm neraka. dgn kegembiraan maka lelaki bertuah trsebut dipersilakan berjln menuju syurga, nmn pd masa yg sama shbtnya yg celaka itu digiring k dlm neraka. dlm yg demikin dia meraung meminta pertolongan kpd sahabatnya yg mengecapi kebaikan akhirat trsbt... Setelah mendengar pekikan dan laungan sahabatnya, maka lelaki yg hampir menjejak kaki k syurga berhenti dan berpaling. dia enggan utk meneruskan perjalanannya wlupun dijemput oleh malaikat penjaga syurga utk msk k dlmnya. lantas malaikat trsbt mengadukan kpd Allah hal trsebut. kmudian terdgrlah suara memanggil "wahai hambaKu, apakah yg menghalangmu dari memsuki syurgaKu?" Lantas lelaki tersebut menyatakan bahawa dia enggan utk msk k dlm syurga disebabkan shbtnya ditimpa kecelakaan. lalu dia meminta kpd Allah yg Maha Pemurah tersbt utk turut memasukkannya k neraka. lantas kedengaran suara dri sisi Allah... "Wahai hambaKu, Akulah zat yg Maha Penyayang. engkau hanya mengenalinya seketika d dunia namun engkau tidak rela melihatnya ditimpa kepayahan. sedangkan engkau telah menyintaiKu berpuluh tahun, lalu bagaimanakah Aku snggup melihat engkau ditimpa kesusahan?" "Perbuatlah olehmu apa yg engkau mahu, pimpinlah dia menemanimu d syurga. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa sahabatmu dan memasukkannya ke dlm syurga dgn berkat dirimu" (maksud hadis) Justeru cintailah kamu kpd mereka yg soleh, pergauilah dirimu dgn mereka yg mempergauli dirinya kpd Allah. muliakanla dan hormatlah kepada sahabat2mu. kerana kelak kamu akan memerlukan mereka d dunia n akhirat. sdra2ku yg dicintai, ketahuilah aku menyintai kalian krna Allah. msa ku n msa kalian telah dihabiskan utk mengajak diri kita n manusia lain agar merasai kebesaran kasih syg Allah swt. dan persaksikanlah bhwa Allah dgn kebesaran dan sifat penyanyangnya lebih besar drpd murkaNya. Dialah cinta n Diala kekasih, Dialah yg memberi tnpa meminta blsan darimu. kita adalah manusia yg sentiasa khilaf, marilah perbetulkan diri, letakkan Allah d htiMu nescaya akan diperlihatkan pdMu rasa cintaNya dan rasa KasihNya. segunung manapun dosamu, nescaya Allah lebih besar kemaafanNya. Subhanallah... Sahabatku,


hormatila dan muliakanlah para ulama kerana mrekala yg menuntun umat sbgi pewaris nabi. cintailah mereka, carilah ulama yg tawadhuk n genggamlah dia dlm hatiMu. krna engkau tdk dpt mengenal cinta Rasul saw tnpa engkau mengenal ulama. kerana merekalah yg plg menyintai Allah dan Rasulnya bahkan merekalah yg lbh dkt kpd keduanya. ambillah berkah drpd kehidupan mereka krna telah aku mendengar hadis mengenainya: Di hari kiamat kelak Allah akan bertanya kpd seorg hambaNya, apakah dia pernah mengasihi mana2 ulama? lelaki itu menjawab tidak...maka ditanya lagi adakah dia pernah duduk bersama ulama dlm majlis ulama trsbt, dijawabnya tidak...maka ditanya lagi adakah dia mengasihi org yg mengasihi ulama, namun jawapannya tetap sama. lalu ditanya kepadanya, apakah dia mengenali seseorg yg mengasihi ulama? maka lantas dia mengatakan ya. Maka Allah mengampuni dosanya dan memasukkannya k dlm syurga krana berkat ulama yg dicintai oleh shbt yg dikenalinya... Saudaraku, akhirnya aku ingin berpesan sebarkanlah kasih sayang dan luaskanlah cintamu kpd sesama mu. krana ia akan menghapus kedengkian n kebencian d hatimu trhdp saudaramu. ingatlah, tiada d antara kta yg sempurna maka anggplah segala kesalahan n kesilapan saudara2mu yg pernah berlaku pdmu sebagai jln utk memperbaiki diri. maafkanlah dgn hati yg lapang, jgn brdendam, penuhkan hatimu dgn cinta itu. tutuplah kesalahan dan kelemahan saudaramu kerana kelak Allah pasti akan menyerumu d akhirat dgn seruan.. "Dimanakah mereka yg berkasih sayang keranaKu?" Aku ingin bersama kalian utk memenuhi jemputan Allah itu..marilah menghadap Allah dgn kerendahan hati n persaudaraan yg hakiki...


******



Tuesday, April 12, 2011

Inni..


Inni uhibbuk fillah

..ezura, fiqa, sufi, fara, hikmah, ama, dayu..


sharinatul akmanida


Buatmu sharinatul akmanida..
Smoga sejahteralah engkau disana,
jangan takut dan jangan bersedih hati,
kerana Allah sentiasa ada bersamamu..

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, kerana kamulah paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman".
[3:139]

*****

Alhamdulillah. syukur. syukur. syukur.
x tergambar betapa gembiranya hati ini..betapa bersyukurnya diri ini..
bila mendengar sahabat karib tym skola dulu sudahpun menjadi saudara baruku..saudara seislamku..
ya Allah, maha suci Allah..yang telah memberi hidayah dan yang telah membuka hati sesiapa sahaja yang Dia kehendaki..

mood: menangis :(

ya Allah, aku sangat rindu padanya :(
i wish i cud be there..with her..



Saturday, April 2, 2011

ar-rijal



هَيَّا بِا لْجِهَادِ

الى الأ مام يا أمة الإسلام
يارب انصردين الإسلام
على ألأ عا دىجملى يإكمال
ياإخوانى المسلمين هيا للقتال
اذكرالرحمن اذكرالرحيم
على الأ عا دى جملى بإكمال

هيايارجال هيّا بالجهاد
هيايارجال هيّا بالكفاح

عيش عزيزا أومت شهيدا
ولاتبالى للعدو... ولاتبالىللعدو
الله اكبر... الله اكبر... الله اكبر... هيّا بالجهاد

Brothers; hayya bil jihad


Teringat lagu dari kumpulan brothers ni. Lagu yang menaikkan semangat. Hayya bil jihad!
Alangkah izzahnya kalau masih ada pemuda2 yang tinggi semangat jihadnya..
Tinggi kecintaan pada Allah & rasulNya..

Masihkah ada lagi pemuda2 seperti salahuddin al-ayyubi? muhammad al-fateh? khalid al-walid? khulafa' ar-rasyidin? dan lain2..

Dimanakah perginya semangat jihad dalam diri kita?
Kita hari ini..usahkan menawarkan diri untuk berjihad di palestine, nak boikot produk2 israel pn payah!
Memang benar! mereka (yahudi dan nasrani) dah tawan minda kita. sampaikan dengar perkataan jihad pun, seolah2 terlalu extreme buat kita.

astaghfirullah.

Sedarlah. sedarlah!
Bangkitlah wahai pemuda-pemuda! bangkitlah wahai kaum muslimatku!
Jangan biar kita di JAJAH oleh mereka.
Luruskan saf-saf, tingkatkan iman, tingkatkn ilmu. Tiada lagi gunanya kita menyibukkan diri dalam hal2 yang remeh!

Sahabat2 yang dikasihi..

kenapa aku terpanggil untuk post tentang ar-rijal kali ini, adalah kerana aku begitu kesal dengan sikap2 sebahagian pemuda masa kini..semoga Allah memberi hidayah pada mereka..bukakan pintu hati mereka..mereka sangat diperlukan oleh agama! tetapi mengapa kelebihan yang mereka ada itu tidak disalurkan pada jalan yang benar?
Kelebihan yang ada, jangan disalah guna! kelak Allah murka.

Bersemangatlah..suburkanlah semangat jihad dalam diri kita! Jangan tertipu dengan dunia yang fatamorgana..bersabarlah! kerana di dunia ini, rahmat yang Allah turunkan hanya 1% sahaja, itupun kita sudah rasa sangat mewah! sehingga kecintaan dunia melebihi kecintaan kita pada Allah..Sedangkah ada lagi 99% rahmat yang Allah simpan, Allah sediakan buat mereka yang bersabar, di dalam syurga kelak..

Buatmu ar-rijal..

Bangunlah, teggakkn al-haq!
Agar seluruh dunia,
Dibawah panji Islam.

Dirimu begitu bernilai,
amat diperlukan oleh agama..
sudah tiada masanya..
untuk bermain2,
untuk merempit,
untuk merokok,
untuk bercinta (plg menyedihkn, llki suke psg 2-3),
semua ini hanya melemahkn imanmu,
melunturkan semangat jihadmu..
JANGAN BEGITU!

Bangunlah!
Sedarlah dari tidurmu yang lena!
Islam perlukan dirimu, pemuda sejati..







Friday, April 1, 2011

Muhasabah.


Tuhanku maha pengasih.
Tuhanku maha penyayang.
Apa lagi hendak ku gusar?
CintaNya x pernah gagal.
CintaNya x pernah mengecewakan.

Yang menjadikan aku,
Dari setetes air yang x berguna pada asalnya,
Hinggalah aku keluar dari perut ibuku,
Dalam keadaan cukup sempurna sifatnya.
Alhamdulillah. syukur. syukur. syukur.

Terima kasih Allah,
Atas segala nikmat yang Engkau berikan.
Nikmat islam. Nikmat iman.
Dan segala nikmat yang x mampu kunyatakan di sini.
Terlalu banyak!

Dan...
Betapa bertuahnya aku!
kerana dipilih untuk lahir dari perut seorang islam.
Namun, mengapa kerap kali diri ini memungkiri janji?
Janjiku pada Mu yang telah kulakukan sejak sebelum aku lahir didunia..

Dan...
Dikala seluruh alam dan seisiNya bertasbih & memuji Mu,
mengapa masih ada lagi yang tegar membuat kemungkaran?
Termasuklah diri ini..

Ya Allah,
ampunkanlah kami..
Jadikanlah kami da'e2 yang sentiasa menegakkan agamaMu..
Peliharalah hati2 ini,
supaya terus thabat di jalanMu..

Wednesday, March 30, 2011

Beriman sejenak

Alhamdulillah. Syukur.
Allah pilih aku, Allah muliakan aku, untuk duduk2 beriman sejenak bersama akhwat2 INTEC & UM. (akhwat fillah! anda sume sgt sweet! jzkk)
Masjid besar shah alam itu sungguh indah! ditambah dengan suasana malam, nampak lampu2..dan yang paling penting, kalimah2 Allah yang terukir di ruang masjid dan juga pada kubah..begitu indah! begitu terasa izzah! begitu terasa dekat dengan Allah! Maha suci Allah, yang telah mengilhamkan pada manusia untuk mencipta sesuatu..

Sharing~

Umurku hanya sebentar.

وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ
"Whomsoever We grant a long life, We reverse him in his constitution**.
Do they still not understand?"
[36:68]

**Reverse him in nature, means that in old age Allah turns him back to the state of childhood. He becomes unable to stand and walk without the help and support of others; he is fed by others; he urinates and defecates in bed; talks childishly and is laughed at by others. In short, towards the end of life he returns to the same state of weakness with which he had started lift in this world.

Kita selalu minta dipanjangkan umur, sedangkan pada akhirnya, kita akan kembali juga menjadi seperti anak kecil. Tapi, apa GUNANYA kalau kita hidup hingga 1000 tahun sekalipun tetapi tidak berguna pada agama? Sungguh benar akan hadis nabi, kita telah terkena penyakit wahan, iaitu penyakit CINTAKAN DUNIA, TAKUTKAN MATI. Setiap langkah, setiap detik yang kita lalui, kita akan ditanya apa yang kita lakukan..sejauh mana usaha kita membawa agama Allah ini? sejauh mana kita menyebarkan kalimah syahadah itu? sejauh mana kita, sebagai 'abid & khalifah, menjalankan tugas kita?

Matlamat kita lebih besar.

Matlamat kita LEBIH BESAR dari dunia & seisinya..mungkin pada orang lain, kita hanya menghabiskan duit, masa & tenaga- ke sana ke mari, pegi sana pegi sini..x penat ke? tetapi ketahuilah, kita adalah diantara orang2 yang dimuliakan Allah..dan mereka? jangan salahkan mereka kerana mereka tidak tahu dan tidak faham, tugas kitalah untuk memberitahu dan memahamkan..
Matlamat kita bukanlah SETAKAT belajar sampai ke peringkat phd semata2, bukan juga SETAKAT untuk capai yang terbaik dalam kerja- dapat pujian2 dari bos, pekerja etc..tapi matlamat kita LEBIH BESAR dari itu! sebab kita yakin..kita beriman...yang dunia ini hanya seketika cuma, hanya fatamorgana...di akhirat kelaklah PENENTU kayakah kita..PENENTU bahagiakah kita..PENENTU SEGALANYA..bermulanya hidup sebenar kita, adalah apabila kita terjaga dari mimpi (dunia), iaitu apabila kita memasuki alam barzakh dan seterusnya alam akhirat kelak..jika baik amal kita di dunia, maka berbahagialah kita..beruntunglah kita..

al-Haq

[36:20-27]
sile tadabbur =)

Betapa lelaki itu (yang diceritakan dalam ayat2 di atas) sebaik sahaja mengetahui kebenaran (al-haq), walaupun punya ilmu yang sedikit, tetapi dia bersungguh-sungguh untuk sampaikan apa yang dia faham pada kaumnya. Bergegas dia datang dari tempat yang jauh hanya untuk sebarkan al-haq! Subhanallah..hebat! Dan akhirnya, dia syahid..kerana telah dibunuh seusai sahaja dia melafazkan al-haq..keimanan dan kekuatan yang dia miliki sangat tinggi! walaupun punya ilmu yang sedikit..
Dan kita, perlu ada rasa sebegitu! kerana itulah tugas kita..menyebarkan al-haq! Apalah sangat ujian kita hari ini..hanya semata2 kerana kawan mengejek "konon baik sangatlah tu" terus kita rasa down..x nak jalankan tugas dakwah..hanya semata2 nak jaga hati kawan, terus kita lupakan untuk mentarbiyyah dia..hanya semata2 keluarga tidak membenarkan, kita berputus asa (huu, pujukla diorg baik2)..hanya semata2 terasa diri masih kurang ilmu, x perfect, kita pn menjauhkan diri dengan dkwah & tarbiyyah..(ade ke org perfect?)
Jangan begitu, wahai diriku dan sahabat2 sekalian..lakukanlah kerana Allah..

"Jagalah Allah, Allah akan jaga kita" ukhti maryam.

Ya, bilamana kita melakukan kerana Allah, meletakkan seluruh pergantungan kita hanya kepadaNya, insyaAllah..itulah yang terbaik..