Monday, June 27, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Demi Matahari

in the name of Allah.

Alhamdulillah3x.
Masuk minggu ni, minggu yang ke-3 aku berada kat kolej. Asignmnts pn bertambah, presentations pn bertambah. Kerja2 lain pn bertambah. Suke3x ^_^

Dalam kesibukan membuat itu dan ini, tetibe aku teringat kat cikgu chemistry time skola dulu (cikgu sabariah), time tu dia handle slot pengukuhan chemistry slama 2 hari. Hmm, almaklumla sbject chemistry agak tough, so utk mengelakkan kami bosan, dia akan bagi break dengan nyanyi lagu Demi Matahari (nasyid kumpulan snada), he, siap dengan pergerakan skali kami kene buat. sgt comel!
Time tu sangat suke la lagu tu, cuz dalam videoclip tu ada bentuk atom2, ada tentang kebesaran2 Allah..klu ingat sbject chemistry, mesti ingat lagu ni ^_^

Hmm..nak share..
Bila melihat bait2 lirik lagu ni, rupa2nya d ambil dari tafsir surah asy-syams..bila kembali menghayati lagu ni, menghayati surah asy-syams, baru aku realize..tersedar seketika tentang apa yang hendak Allah sampaikan..
"Allah mengilhamkan kejahatan dan ketaqwaan, beruntung bagi orang yang mensucikan jiwanya, rugi bagi orang yang mengotori jiwanya" (AQ asy-syams)
Moga kita thabat, di jalan ini..
Pengorbanan itu perlu dalam menggapai redhaNya..
Terkadang kita rasa lemah, x kuat utk hadapi ujian2, menghadapi tarikan2 duniawi..n kebanyakan dr tarikan2 tu sbenarnya datang dr diri kita sendiri..diri sndiri yang meletakkan "aku x baik mcm org lain.." hurmm, maka rugilah kita..tersangat rugi..kita perlu sayang diri kita, perlu meletakkan nilai yg tinggi, supaya kita x mudah mengalah..
wahai diri, wahai saudara2ku..bersabarlah sebentar dengan dunia..hidup ni x lama pun..

wallahu'alam.

Nak sambung buat asgmnts yg sedang memanggil2 namaku~





Thursday, June 16, 2011

angah_fiqa


:(
ade sedikit kesedihan di sini..
smoga dia dilindungi Allah,
diberi kekuatan..
dalam mengharungi cabaran dunia..
walau jauh dimata,
namun!
sentiasa ada dihati..

p/s ummi sayang angah..

Tuesday, June 7, 2011

conteng-conteng

6.6.2011, cantik jer tarikh ni. he, xde ape2 significant pn. Cume tarikh bermulanya aku start sem 8. Hm, sudah jadi senior rupanya. Tahun ni tahun terakhir aku blaja kat sini. Alhamdulillah.
Sudah lama rasanya x pergi kelas, lama x merasa kehidupan sebagai student, he. Dah lama x pakai uniform ala2 nurse. Practical 8 bulan kowt~~

Huu, kolejku yang tercinta skarang dah ketat kawalannya. x bole lagi pakai sweter. Pelik sungguh. Tapi aku buat slumber sahaja. Moga Allah beri kefahaman pada guard2 yang bertugas, x perlu takut dengan undang2 manusia, takutlah dengan undang2 Allah.
Alhamdulillah, berjumpa lecturer2 yang sekian lama x ketemu. hehe, sudah ramai yang berkahwin, alhamdulillah, x kurang juga yang akan bersalin :) mabruk2.
Sem baru, azam baru, bole ker? hehe..buat krn Allah cik sufi! banyak yang perlu recall and revise..

Hurmm, aku sekarang dalam dilemma nak tukar no fon. Nak tukar, tapi susah lak family, akhawat, sdare-mare etc nak cntact. Dari dulu, asyik tukar no fon je. x tukar, hmm..ujian..
So tgh dilemma, tukar ke x..dalam hati nak sangat tukar..tapi bila syura dengan sahabat2, x perlu tukar..bila x tukar, lain pulak jadinya..hu~ cemana nih..

Hmm, tadi ada sesi H2H dengan adik2..sangat terpana dengan luahan seorang adik ni, yang mana kawan dia sangat jauh dr Allah..beragama islam tapi x percaya pada Allah..na'uzubillah! betapa kronik masalah ummah..Sesi H2H ringkas tadi sedikit sebanyak menyuntik semangatku, aku perlu maju ke depan, x bole pandang2 blakang lg..walaupn kt blakang tu kadang2 manis, tapi bersabarlh sebentar dgn karenah dunia..

Kata2 semangat: Ujian adalah hadiah dari Allah, kita x kan dapat lepas ujian, mahupun musibah jika tanpa pertolongan dariNya..wahai diri, sile kuat!