Monday, February 7, 2011

hanya ditaraf HAMBA!

.::Nukilan hati::.

Wahai diriku,

Sedarlah. Sedarlah. Sedarlah.
Sejauh mana aku melangkah,
Setinggi mana kejayaan aku capai,
Segunung mana harta aku kumpul,
Sehebat mana pangkat & darjat aku terima,
Selautan mana ilmu yang aku peroleh..

aku TETAP berada ditaraf HAMBA semata!

Hamba kepada?

Hamba pada harta?
Yang seringkali dikejar oleh manusia. Yaa, aku perlukan harta/duit untuk mengatur kehidupanku. Tapi ingat! dengan harta yang aku ada (jika d salahguna) juga mampu membawa aku pada nerakaNya. Wa na'udzubillah. Seburuk2 tempat kembali.

Atau..hamba kepada manusia?
Yang kadang2 aku sendiri x prasan aku melakukannya. Aku lebih takutkan manusia dari takutkan Allah. Aku lebih malu pada manusia dari malu kepadaNya. Aku lebih mematuhi undang2 manusia dari menuruti undang2 Allah.

Astaghfirullah..

Wahai diriku,

Sedarlah. Sedarlah. Sedarlah.
Aku hanyalah HAMBA ALLAH.
Diri ini begitu kerdil dihadapanNya.
Jangan sesekali SOMBONG!
Segala apa yang aku nikmati sepanjang umurku, hanyalah pinjaman dariNya semata.
Kalau bukan kerana Allah maha pengampun, maha pengasih, sudah tentu tiada seorang pun yang bersih dari dosa2nya.

Oleh itu, segeralah laksanakan tugas sebagai seorang HAMBA ALLAH!
Kerna hidup didunia ini hanya sebentar cuma.
Tiada lagi peluang kedua, sesudah nyawaku diambilNya.

~n.l.a.z~

Hurmm.
Mari kita hayati lirik lagu ini (UNIC, Hanyut):

Cipta dari segumpal darah,
Jelma seraut wajah,
Rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
Diikatkan janji,
Tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
Dugaan tuk menguji kehambaan,
Tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
Selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
Manusia dihanyut indah yang fana,
Terlupa pada fitrah wujudnya,
Hanya ditaraf HAMBA.

Tenggelam pada bisikan dunia,
Tak sedar langkah mudik ke sengsara,
Tergoda pada hasut sengketa,
Rebut FATAMORGANA.

Telah disuluhkan laluan,
Diberi segala pedoman,
Seiring akal dan fikiran,
Mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
Pada selembar takdir insan,
Jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

No comments:

Post a Comment