Friday, January 28, 2011
kem survival iman
Alhamdulillah, all praises to Allah. Pada minggu lepas, 22-23 jan saya dan kawan2 pergi kem survival iman. hurm, alumni mahasiswa islam masterskill (MIM) yang anjurkan. Peserta terhad pada 30 orang & obviously muslimat lg ramai berbanding muslimim~as usual.
Actually kem ni adalah lebih kepada pemilihan jawatankuasa baru MIM sempena penggal baru. Tapi saya x la cakap dekat kawan2 saya, huhu, comfirm diorang x nak pegi punye. Saya just cakap ada camping best kt diorang. Dan kawan2 saya ni, masih baru dalam mengenal islam. Smoga Allah beri kefahaman pada kita smua. Lagipun x salah pegi, dapat isi weekend dengan pengisian2 yang cukup mantap ~yg bole saya katerkn. jzkk pd alumni.
Apa yang boleh saya katakan, setiba je dekat lokasi kem, satu je perkataan yang terpacul dari bibir.
"subhanallah!"
Huu. Betapa indahnya ciptaan Allah. Suasana sangat tenang, sejuk. Siap ade waterfall lagi! Memang cukup hijau. Ade gak tempat camni kt langat. hehe. x penah tau pun. May be sebab tempat ni jauh masuk ke dalam dari jalan besar. So, sape2 yang nak rancang buat aktiviti camping etc, bole la buat di cni. Agrotek namanya.
Yang best sepanjang berada d cni, ukhwah kami sangat erat. Mungkin terletak barakahNya. Cuz makan dalam talam yg sama, siap wajib kna suap kawan lagi! solat berjemaah. tdur berjemaah. Buat aktiviti berjemaah. huhu. sgala2nya bole d katakn buat secara berjemaah ^_^
Yang bestnye, ade sorang ukhti ni, dia x penah share pn cawan or pinggan dia dgn sape2 t'masuklah family dia. not even once!! tpkan, stelah ikut kem ni, memangla mse mula2 dia rase t'paksa tp lama2, dia lak yang suke suap2 orang. huhu. indahnya ukhwah fillah!
Of course. Pengisian2 yg d beri sangat mantap. sangat mendidik jiwa. Aktiviti2nya juga sama. Tapi, semacam jadi askar pun ade, merentasi laluan2 b'halangan & nightwalk pd tengah2 malam! memang mencabar gakla..tp alhamdulillah, sume d lalui dengan jayanya dgn bantuan Allah, melalui sahabat2..hurm, mereka sgt sweet :)
"ape yg pnting? kejesame!"
Nak share skit..
Actually time nightwalk dalam hutan atas bukit tu, ade sorang peserta ni pitam..bayangkan, d tengah2 hutan, dlm keadaan kami yg sehelai sepinggang, xda fon, xda air etc, d kala kegelapan malam yg memang x nmpak ape, tiba2 dia pitam..alhamdulillah, sebbaik la kitorang sume dari 'medic line'..blh tolong skit2..then ukhti liyana azankan kt telinga dia..serious! memang meremang bulu roma den..
tetibe t'lintas d fikiran..kita semua kan pergi, dalam keadaan yg sorang2..kalau amal baik, maka berbahagialah kita..tapi kalau sebaliknya? hurm..sorang2..dalam gelap..
Nak share lg..
pemilihan jawatankuasa MIM..
hurm. entah mengapa, saya rasa saya banyk kekurangan. Tapi d pilih untuk memikul amanah yang sangat besar. Yang mana saya akan d azab kelak jika saya x menjalankan tugas ini dengan baik. n entah mengapa, sewaktu nama saya d sebut oleh alumni utk menerima tugas, saya diam t'kaku. tidak menolak. walhal, saya tahu amanah ini sangat besar! sedangkan saya punya banyak kekangan..dari segi jadual practical saya..ya, saya sedang practical di melaka sampai bulan mei..satu tempoh yang agak lama!
Lalu Allah tenangkan hati saya..seperti biasa, Allah sangat memahami keadaan saya..Dia jumpakan saya dengan ayat ni:
"dan berjihadlah kamu d jalan Allah dengan jihad yang sebenar2nya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama." [22:78]
Dan nak tau x, kawan2 saya yang saya ajak diorang join kem ni pun jadi ajk. Alhamdulillah, lihatlah bila Allah beri hidayah pd sseorang tu, boleh jadi dia lebih baik dari kita..alhamdulillah..
Labels:
dakwah n tarbiyyah,
my life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment