Sunday, November 28, 2010

my LIVER




liver=hati.
penting utk jaga hati!

hadith 6 (hadith arba'in):

dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh. dan jika dia buruk maka buruklah seluruh tubuh. ketahuilah bahawa itu adalah HATI.

[7:179]

Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia.
Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah.




actually banyak lagi peringatan2 daripada Allah supaya kita jaga HATI.



MACAM MANA NAK JAGA HATI?

banyak je kot methode. tapi bagi saya..

jaga solat! jaga solat! jaga solat!

perkara lain paling perlu dititikberatkan dalam menjaga hati adalah MATA. kerana dari mata turun ke hati. hee. mata..bilamana kita x melihat kebesaran2 Allah..tp kita lihat screen (TV, LAPTOP etc) or benda2 yang melalaikan..dengan itu bermulalah titik hitam kat hati kita..n bila benda2 yang lalai menguasai fikiran kita, maka malaplah hati kita..

isikan hati kita dengan al-Quran.
"orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [13:28]

mendampingi insan2 yang seakidah. sefikrah.
kerana d saat kita bersama2 mencintai Allah, hati2 kita bersatu!


hurm. wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment