Saturday, February 5, 2011

..tidur..

Ibadah+khalifah

Sepeti yang kita sedia maklum, ibadah+khalifah adalah tujuan hidup kita. Huu. Ramai je yang tersilap dengan m'anggap ibadah tu just solat, puasa, bca ql-Quran, zikir, bayar zakat etc. Yaa, betul. Tapi BUKAN itu sahaja :) cuz ibadah adalah perkara yang kita lakukan dari kita celik mata hingga kita tidur kembali. Haa, tapi kena ingat! yang dikatakan ibadah itu adalah buat sesuatu kerana Allah swt dan mengikut garis panduan yang telah d tetapkan.

Huu. so, tidur pon ibadah jgak?



Yepp. Rse2 yang ni memang ibadah yang ikhlas kita buat. Hehe. Ade ke orang tidur x ikhlas? Hmm, tidur adalah dianggap sbagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, iaitu sekiranya seseorang itu tidur dengan melakukan saranan2 dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

TIDUR RASULULLAH SAW-d petik dr iluvislam.

Dalam sebuah hadis diterangkan: “Al-Barra’ bin Azib r.a. berkata: “Adalah Rasulullah s.a.w. jika akan tidur, miring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya : “Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, dan menyandarkan punggungku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus”. (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis daripada Huzaifah katanya: Nabi s.a.w. apabila Baginda berbaring di tempat tidurnya, Baginda berdo’a: "Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan aku hidup" dan apabila bangun baginda membaca: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepadaNyalah tempat kembali.”

Daripada ‘Aisyah r.a. katanya: “Nabi s.a.w. apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam Baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdo’a), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dapat disapunya mulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur Baginda menunaikan sembahyang Witir sebagaimana hadis yang menyebutkan: “Nabi s.a.w. juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu umat Islam adalah dianjurkan supaya mengamalkan sembahyang witir setiap kali sebelum tidur.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ketika Baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, Baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum Baginda tidur semula.

Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwudhu’ maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas & kekusutan hati.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Demikian antara cara tidur Rasullullah s.a.w. untuk menjadi amalan kita.

Tidur selepas subuh?

Memang best! Hee. Tidur kan ibadah. x gitu? Nak buat apa bangun pagi2, baikla tidur je, lagi best. Lagipun hari isnin-jumaat kan penat gi class, gi keje etc.
HAA. jangan sesekali m'campurkan yang haq dan yang batil! dan niat sesekali x menghalalkan cara!

Mengikut pengalaman saya la kan, saya pon suke je tdur after subuh (huu~x leh buat menantu nih) tapi saya discover bila saya tidur after subuh, saya akan mengantuk je spanjang hari plus ade sdikit malas. Yela, bukan slalu dapat tidur after subuh, hujung2 minggu aje. Cuz weekdays kita dah set mind untuk pegi keje, pegi class, pendek kata, ade urusan yg perlu d laksanakan.


Tengok macam kucing nih! Akibat suke tidur, diri pn jd malas.

Huu. Tapikan, betapa BANYAKnyaaa masa saya habiskan untuk tidur! Inikah sifat seorang da'e? Sedangkan kelak, kita akan dipersoalkan tentang umur kita, bagaimana kita habiskan. Dan betapa dikala keadaan dunia skarang yang kronik, saya boleh berdiam diri dan tidur dengan tenang.

astaghfirullah.

Then saya paksa diri untuk tidak tidur after subuh. OF COURSE, untuk membiasakan diri pada sesuatu yang kita x biasa, perlukan sdikit (err, banyak kowt~) paksaan. Alhamdulillah, ape yg saya jumpe, sifat malas tu makin berkurang n masa tdur pn dpt d kurangkan. n banyak perkara yang bleh kita buat sbenarnya.(sskali tiada unsur riak, hanya sekadar p'kongsian, moga dpt sama2 ambil iktibar)

Memang betulla, tidur after subuh ni akan mewarisi sifat kepapaan. "papa" dari sudut akhlak. "papa" dr segi mencari rezeki. etc.

Hurm. tips utk x tdur lpas subuh.
Buat permulaan, try gantikan masa tidur tu dgn aktiviti2 yang kita suka. Cthnya baca buku ke, bca artikel kt ntenet ke, kmas2 rmh ke, jogging ke. etc.



Nak jadi cam kucing nih, sntiase aktif! So, moral of d story, jangan banyak tidur!

No comments:

Post a Comment