Wednesday, March 30, 2011

Beriman sejenak

Alhamdulillah. Syukur.
Allah pilih aku, Allah muliakan aku, untuk duduk2 beriman sejenak bersama akhwat2 INTEC & UM. (akhwat fillah! anda sume sgt sweet! jzkk)
Masjid besar shah alam itu sungguh indah! ditambah dengan suasana malam, nampak lampu2..dan yang paling penting, kalimah2 Allah yang terukir di ruang masjid dan juga pada kubah..begitu indah! begitu terasa izzah! begitu terasa dekat dengan Allah! Maha suci Allah, yang telah mengilhamkan pada manusia untuk mencipta sesuatu..

Sharing~

Umurku hanya sebentar.

وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ
"Whomsoever We grant a long life, We reverse him in his constitution**.
Do they still not understand?"
[36:68]

**Reverse him in nature, means that in old age Allah turns him back to the state of childhood. He becomes unable to stand and walk without the help and support of others; he is fed by others; he urinates and defecates in bed; talks childishly and is laughed at by others. In short, towards the end of life he returns to the same state of weakness with which he had started lift in this world.

Kita selalu minta dipanjangkan umur, sedangkan pada akhirnya, kita akan kembali juga menjadi seperti anak kecil. Tapi, apa GUNANYA kalau kita hidup hingga 1000 tahun sekalipun tetapi tidak berguna pada agama? Sungguh benar akan hadis nabi, kita telah terkena penyakit wahan, iaitu penyakit CINTAKAN DUNIA, TAKUTKAN MATI. Setiap langkah, setiap detik yang kita lalui, kita akan ditanya apa yang kita lakukan..sejauh mana usaha kita membawa agama Allah ini? sejauh mana kita menyebarkan kalimah syahadah itu? sejauh mana kita, sebagai 'abid & khalifah, menjalankan tugas kita?

Matlamat kita lebih besar.

Matlamat kita LEBIH BESAR dari dunia & seisinya..mungkin pada orang lain, kita hanya menghabiskan duit, masa & tenaga- ke sana ke mari, pegi sana pegi sini..x penat ke? tetapi ketahuilah, kita adalah diantara orang2 yang dimuliakan Allah..dan mereka? jangan salahkan mereka kerana mereka tidak tahu dan tidak faham, tugas kitalah untuk memberitahu dan memahamkan..
Matlamat kita bukanlah SETAKAT belajar sampai ke peringkat phd semata2, bukan juga SETAKAT untuk capai yang terbaik dalam kerja- dapat pujian2 dari bos, pekerja etc..tapi matlamat kita LEBIH BESAR dari itu! sebab kita yakin..kita beriman...yang dunia ini hanya seketika cuma, hanya fatamorgana...di akhirat kelaklah PENENTU kayakah kita..PENENTU bahagiakah kita..PENENTU SEGALANYA..bermulanya hidup sebenar kita, adalah apabila kita terjaga dari mimpi (dunia), iaitu apabila kita memasuki alam barzakh dan seterusnya alam akhirat kelak..jika baik amal kita di dunia, maka berbahagialah kita..beruntunglah kita..

al-Haq

[36:20-27]
sile tadabbur =)

Betapa lelaki itu (yang diceritakan dalam ayat2 di atas) sebaik sahaja mengetahui kebenaran (al-haq), walaupun punya ilmu yang sedikit, tetapi dia bersungguh-sungguh untuk sampaikan apa yang dia faham pada kaumnya. Bergegas dia datang dari tempat yang jauh hanya untuk sebarkan al-haq! Subhanallah..hebat! Dan akhirnya, dia syahid..kerana telah dibunuh seusai sahaja dia melafazkan al-haq..keimanan dan kekuatan yang dia miliki sangat tinggi! walaupun punya ilmu yang sedikit..
Dan kita, perlu ada rasa sebegitu! kerana itulah tugas kita..menyebarkan al-haq! Apalah sangat ujian kita hari ini..hanya semata2 kerana kawan mengejek "konon baik sangatlah tu" terus kita rasa down..x nak jalankan tugas dakwah..hanya semata2 nak jaga hati kawan, terus kita lupakan untuk mentarbiyyah dia..hanya semata2 keluarga tidak membenarkan, kita berputus asa (huu, pujukla diorg baik2)..hanya semata2 terasa diri masih kurang ilmu, x perfect, kita pn menjauhkan diri dengan dkwah & tarbiyyah..(ade ke org perfect?)
Jangan begitu, wahai diriku dan sahabat2 sekalian..lakukanlah kerana Allah..

"Jagalah Allah, Allah akan jaga kita" ukhti maryam.

Ya, bilamana kita melakukan kerana Allah, meletakkan seluruh pergantungan kita hanya kepadaNya, insyaAllah..itulah yang terbaik..

Monday, March 28, 2011

Sayonara Jahiliyyah!


Alhamdulillah, syukur..

Allah beri peringatan. Allah beri teguran. Betapa susahnya untukku keluar dari cengkaman jahiliyyah. Lantas, Allah memudahkan jalanku, syukur, walaupun pahit untuk ditelan. Huu, macam makan ubat pulak kan? pahit nak telan, tapi itulah penawar.

Sayonara jahiliyyah..muhasabah diri kembali..walaupn pernah dapat tym daurah dulu~

*****
cdt to: cik mus'ab


Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda.

Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja.

Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan.

Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah..

masa untuk seorang daie belajar

Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi jahiliyyah dalam ruang masa dakwah mereka, lalu tergadailah dakwah mereka. Atau pun mereka mengisi masa jahiliyyah mereka dalam ruang masa study mereka. Apabila gagal atau prestasi akademik merosot, mereka mula merasakan dakwah yang menjadi sebab utama, bukanlah jahiliyyah mereka, lalu mereka mula menarik diri perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dari kelajuan dakwah, lalu tergadailah dakwah mereka sekali lagi. bukan hanya dakwah tergadai, prestasi akademik tidaklah meningkat juga, tetapi prestasi jahiliyyah meningkat dengan pesat sekali.

Lalu mereka merasa pelik dengan fenomena ini, sekali lagi mereka memperlahankan dakwah ini, memberi masa yang lebih untuk study kononnya. Ternyata mereka tertipu lagi! buat sekelian kalinya, dakwah mereka tergadai lagi. Kasihan sungguh dakwah bertuankan daie-daie seperti ini. Sudahlah yang kenal dakwah itu sedikit, dari yang sedikit ini, ramai pula yang tertipu dengan jahiliyyah. Alahai kesian!!

jika dahulu kita bicarakan kitaran bodoh manusia. kali ini aku berbicara kitaran bodoh seorang daie yang tertipu dengan jahiliyyah. ternyata jahiliyyah akan merosakkan dakwah dan study mereka.

bahagian masa daie yang tertipu

apa yang ingin aku katakan adalah, jangan cuba menarik diri anda dari dakwah ini, kerana anda hanya menggantikan bahagian itu dengan jahiliyyah. jangan mudah tertipu!! senang saja syaitan mencantikkan mata kita.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]



qalbi


Duhai hati,
bersabarlah..

Sunday, March 27, 2011

Am i snobby?


Alhamdulillah. Syukur kerana diberi segala nikmat.
Wahai diri, jangan sesekali kufur! atas segala nikmat yang ada.

Beberapa hari lepas..
aku ditegur oleh seorang junior,
"kenapa akak makin sombong sekarang?"
aku terkaku..
am i snobby? am i?
lantas kutanyakan kembali padanya,
"kenapa cakap macam tu?"
dia x jawab..malah pergi meninggalkanku..
aku. kecewa~
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama aku dilabel sebegini.
Huu.



”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong,
karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi
dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.”

[17:37]

”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong)
dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
[31:18]

Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda:
“Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya
ada sebijih zarah dari sifat sombong”.
Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang
menyukai kalau pakaiannya itu indah atau sandalnya juga baik”.
Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran
dan memandang rendah manusia yang lain”
[HR Mulim]



Wahai sahabat..
Maaf andainya hatimu terguris dengan sikapku.
Sungguh!
Tidak terlintas untukku berbuat begitu.
Aku. Hanya manusia.
Yang x lari dari melakukan kesilapan.
Aku. Hanya manusia.
Yang x punya apa-apa.
MilikNya lah segala apa yang ada di langit & bumi.
Lantas, untuk apa aku sombong?
Asif jiddan..



Sunday, March 20, 2011

seketika cuma

Alhamdulillah.
syukur.
syukur.
syukur.

Nafas baru..suntikan baru..
Mengapa aku mesti mengejar fatamorgana?
Sedangkan ada yang lebih indah dan kekal menantiku di sana..

Jikalau masa yang lapang itu dikatakan sebagai ujian yang berat, maka lihat sahaja bagaimana syed qutb menggunakan seluruh tenaga dan usianya pada jalan Allah..mengejar mardhatillah..tugas 'abid & khalifah x penah lari dari dirinya..sekalipun beliau berada di dalam PENJARA!

Bayangkan situasi kita di dalam penjara..apa yang ada dalam penjara? sorang2 lagi..jauh dari keluarga, jauh dari teman2..tapi bagi syed qutb, hatta dalam penjara sekalipun beliau masih menegakkan agama Allah melalui tulisan2nya..maka, tiada alasan untuk kita kata, masa lapang yang kita ada, kita x dapat berbuat apa2 untuk Islam..

Dan jikalau hati dan perasaan turut diuji..
maka lepaskanlah..lepaskanlah..lepaskanlah..
kerana ianya sedikit pun tidak menambahkan iman..malah boleh mengurangkannya..
Setkan pada mind, Allah dah meletakkn yang terbaik buatku, bersabarlah..kerana dunia ini hanya seketika cuma..

Friday, March 18, 2011

hebatnya cinta zinnirah!


Mari recall kembali seorang sahabiah bernama zinnirah..

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan.


Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.


Wednesday, March 16, 2011

bff


i miss her..
i miss ALL my bff!

rindu kehadiran akhawat disisi =(

siti norezura mohd nor
siti balkis abu sidi
nur syafiqa jamil
nur atiqah bakar
nurulhuda nardin
siti nurazani azizan
kak mumtazah maridi!
&
sumee akhawat yg sentiasa terpahat dihati..
walaupun x disebutkan disini..
tapi antunna sangat bermakna bagi diri ni!

jzkk!

kerana sentiasa ada bersamaku..
tika susah..
tika senang..

uhibbuk fillah =)



Saturday, March 12, 2011

kembali berfikir


err. dun try dis at home!

Lama blog ini dibiarkan sepi..entahla, x tahu nak post ape..disebabkan ke'busy'an yang x berapa nak busy beberapa minggu lepas menjadikan aku malas untuk meng'update blog ini..

urgh! x mau sebut2 malas.
Jangan malas2!

Hurm..seperti yang kita lihat gambar di atas, merupakan pengalaman "masam2 manis" dalam hidup aku..x pernah2 aku accident, boleh2 pulak aku accident depan rumah sendiri! Yaa..accident bole berlaku kat mana2 sahaja, "pandu cermat jiwa selamat" pun da x bole pakai da..actually, bukanla accident langgar kete ke..langgar tiang ke..ni accident masuk lubang aje..elok2 dah aku sampai rumah, nak parking kete, tup tup tup "baik punyer" aku parking tayar aku kat dalam lubang..Huu, bertuah badan..

Bila d fikir2kan..kenapa la boleh2 aku gi parking "baik punyer" kat situ..rupe2nya ini suatu teguran dari Allah, Tuhan semesta alam..x dinafikan, sejak dua menjak ni, aku sibuk dengan urusan dunia..walaupun sibuk tu dikatakan atas urusan dakwah & tarbiyyah tapi bila fikir2kan balik, sejauh mana aku meletakkan Allah & rasul melebihi urusan dunia & seisinya?

astaghfirullah..

Yaa..tuntutan pada ibu & bapa juga harus aku penuhi..tanpa redha mereka, bagaimana hendak mendapatkan redha Allah? yup..bukan senang nak yakinkan semua orang..bukan senang nak fahamkan semua orang..kalaulah mereka faham akan tugas kita dan mereka sebagai da'e..dan da'e juga bukanlah malaikat, yang bersih dari dosa2..kadang2 ada pasang surut imannya..kadang2 datang jugak malasnya..na'udzubillah..

Sungguh! kadang2 rasa diri ini lemah untuk menghadapi ujian2..tapi bila terbayang wajah2 akhawat, aku percaya, situasi2 sebegini pasti mereka juga menghadapinya..dan mereka tabah menghadapinya..aku juga mahu seperti mereka..mengejar mardhatillah..

Syukurku pada Allah, Tuhan yang satu..memberi suatu teguran direct buatku untuk kembali berfikir..

Moga kita thabat di jalan ini..
"this path may be difficult, but the destiny is certain"