Wednesday, February 6, 2013

backbiting?

Bismillah..
Sollu 'alannabi..

Okay, forget all those things yang mengganggu fikiran. Hihi. ku sedari ketidakmatangan ini :P
Alhamdulillah, aku baru sampai Leeds hari isnin lepas, 4feb pukul 12.45pm (waktu leeds)..macam biasa, almost 2 days aku travel..duduk berjam2 dalam plane dan bus, alhamdulillah pengalaman terrbaik yang Allah kasi :) macam-macam ujian aku tempuhi..dan alhamdulillah, Allah sentiasa menemani, menjaga..dan memelihara.. *wahai diri, mohon bersyukur.. kalau nak cerita segalanya kat sini memang tak la kan, huhu, macamla ade orang nak bace pun :P
Dan esoknya terus aku start class..huhu..memang jet lag ler..class aku non stop dari pukul 2-6pm..aku sedaya upaya menahan mata dari mengantuk, yela kalau kat malaysia pukul 6pm tu da pukul 2am..memang peningla kepala..dan yang lagi bestnye hari pertama dah dapat task yang super best gileee..aku kena buat draft untuk project sebanyak 8000words dalam masa 2 weeks..huhuhu, alhamdulillah.. ^_^ tu baru project, belum task untuk modules.. wahahaha.. terbaik :')
Sometimes kan..aku rasa cam x layak je belajar kat sini..terasa macam x mampu nak catch-up :( student2 kat sini semuanya pandai2..aku ni biasa2 je..dan ini tahun akhir, bukan tahun pertama..dats mean, markah yg aku dapat ni, markah ni lah untuk final cgpa aku..
Huuuuuuuuuuuuu. down gila.. tapi bila melihat gambar family, semangat aku naik kembali..apepun aku tetap akan berusaha! usahaa! Diorang hantar aku sejauh ini..diorang yakin dengan aku..aku x boleh hampakan harapan diorang..dan aku yakin, ada hikmahnya Allah hantar aku sejauh ini.. *mohon bersyukur..

Okay, sudah2lah cakap tentang diri sendiri kan, hihi..bukannya orang nak ambil tahu pun :P
nak dijadikan cerita, selepas aku balik dari class, aku memang ler mengantuk gila tapi disebabkan aku x bawak kunci so x boleh la nak balik rumah..kawan aku ajak gi dengar islamic talk, so disebabkan aku pun x bole nak balik rumah, nak stay kt library memang tak la kan sebab mengantuk, so aku pun setuju untuk pegi talk tu..yang sebenarnya Allah memilih aku untuk dengar talk tu :')

Anyway aku nak share sedikit ape yang aku dapat. (talk ni tentang backbiting ataupun dlm bhs arabnya ghibah..ataupun dlm bhs melayunya mengumpat)
Well dosa yang paling senang untuk dibuat, dan setiap hari mesti punyalah ade terbuat or sengaja buat adalah mengumpat. setuju x? aku setuju..
dan dosa yang sukar untuk diampuni adalah mengumpat. setuju x? aku setuju..cuz kalau kesalahan lain seperti minum arak, zina, tinggal solat etc kita boleh bertaubat pada Allah, dan insyaAllah semoga Allah mengampunkan dosa2 kita..tapi kalau mengumpat, kita minta ampun macam mana pun dengan Allah, tapi selagi orang yang kita umpatkan tu tak maafkan kita, selagi itulah dosa itu kekal.. na'udzubillah..

Ade beberapa sebab kenapa kita mengumpat,
1-sebab cemburu dengan kelebihan orang lain. so bila nampak je keburukan orang tersebut, terus je nak cerita kat orang.
2-sebab mengisi masa terluang. huhu. betul gak cuz kekadang bila ade masa terluang, pulak tu da lama x jumpa kawan2, mula lah nak cerita itu dan ini..
dan sebab2 lain aku x ingat sangat, cuz mengantuk time tu..huhu

Dan aku nak tegaskan kat sini, mengumpat itu adalah pointing/saying/imitating perkara yang benar pada orang lain tentang seseorang, yang kalau orang tu dengar dia tak suka. Baik dibelakang orang tersebut mahupun dihadapannya (public). kalau bohong tetang seseorang, itu dikira fitnah :')

Ade beberapa situasi yang membenarkan kita untuk mengumpat seperti:
1-untuk menghentikan seseorang itu daripada buat jahat. contohnya seseorang tu merompak, so kita kenalah bgtau polis etc..etc..
2-untuk menasihati orang tu. tapi bukan secara public, juga bukan dengan cerita kat orang lain, tapi bersemuka dgn dia, dan secara berhikmah..
3-untuk menghentikan berita yang x benar yang disebarkan oleh seseorang.
dan beberapa situasi lain yang boleh anda google.

well, tak mudah kan? kadang2 kita rasa macam nak meluahkan perasaan bengkek kita pada sahabat baik kita, ataupun family kita..tapi sebenarnya kita dah ter'mengumpat..huhu..may Allah forgive us..dan orang yang mendengar ghibah/backbiting/mengumpat ini juga dosanya sama seperti org yang mengumpat..so, ape yang bole dibuat adalah stopkan perbincangan itu dari mengumpat ataupun just tinggalkan perbincangan itu pegi tempat lain..

Untuk kita bersihkan diri dengan dosa ini, of course pegi minta maaf kepada tuannya..i mean orang yg kita umpatkan..kalau x jumpa orang tu (cuz da lama berlalu) then banyakkan doa untuk orang tu..n banyakkan bersedekah..

Semoga Allah mengampuni segala dosa yang lalu..amiin..
Dan kepada sesiapa yang mengenal diriku, aku pohon..maafkan segala kesilapan yang aku dah buat, samada secara sengaja ataupun tidak..semoga Allah merahmatimu, menjagamu dan melindungimu selalu..

Setakat ini sahaja perkongsian, salah dan silap harap tegur. Semoga bermanfaat kepada diri sendiri yang terutama, juga buat semua..

Wallahu'alam.

Thursday, March 29, 2012

GMJ

''Akan ada di kalangan umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sesekali akan dapat melukakan mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka berdoa akan tetap sedemikian, maka sahabat bertanya, Ya Rasulullah, di manakah mereka? Jawab Rasulullah, mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis''


Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku

Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu

Maka di atas tulang-tulangku

Yang hancur luluh

Nyalakanlah obor buat umat ini

Dan ……

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya Saudara!

Kematianku adalah satu perjalanan

Mendapatkan kekasih yang sedang merindu

Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku

Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku

Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur

Dan alam ini akan disinari fajar lagi

Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelanan di alam abadi

Nun di sana fajar sedang memancar

(syed Qutb)




Aku teringat kembali kata2 ini, ya..suatu ketika dahulu aku begitu berkobar2..memandang barangan israel sahaja membuatku jijik..jijik dengan permainan kotor mereka..aku jadi teringat akan anak2 palestin, saudara2ku di palestine..manakah mungkin aku tersenyum gembira, sedangkan mereka dalam tangis derita..apakah mungkin kita semua gembira?? dan hanya menutup mata, memekakkan telinga??

Aku kembali teringat kata2 ini, kata2 yang dilafazkan oleh asy-syahid syed qutb, seorang pemuda yang menyerahkan seluruh jiwanya demi Allah..hidupnya kerana Allah..tiada gentarnya pada selain dari Allah..hingga dia syahid, hanya kerana menegakkan agama Allah..tiada lagi pedulinya pada dunia yang fatamorgana..

Aku teringat kata2 ini, yang diperingatkan kepadaku oleh ukht amira (jzkk ukht atas post yang menyedarkan aku)
Betapa Syed qutb menyerahkan jiwanya kerana Allah, kerana dia yakin akan perjalanan hidupnya bukanlah sekadar mengecapi kebahagiaan di dunia..
Sedangkan kita..ya..kita juga menyerahkan jiwa, tapi bukan untuk Allah..hanya sedikit, barangkali cinta pada Allah..kita lebih terikat pada dunia..kecintaan yang melampau2..


Wahai diri, wahai saudara2ku yang aku kasihi kerana Allah..ayuhlah kita bangun dari lena..
perbetulkan niat, kembali pada hadaf sebenar kita di muka bumi, iaitu menjadi hamba Allah ('abid) dan khalifah..

Isu palestin bukanlah isi buat mereka yang mengenal tarbiyyah sahaja..isu palestine ini isu semuaa umat islam..wajib kita ketahui!!

Thursday, March 15, 2012

ukhti humaira

Bismillah..

Sedang aku merindui semua akhawat yang aku kenal dalam tarbiyyah ini, tiba2 aku menerima sms dari satu nombor yang tidak kukenali..

"Assalamualaikum shbtku..sy sgt rindukan awk.jgn reply msg ni sb warden pny hp..-shbtmu yg merinduimu: humaira."

Lantas menitis air mata ini.. :(
ya Allah, aku terlalu rindukan dia..rindu sgt2..
dia..sahabat yang sentiasa ada d sisiku..baik tika susah, mahupun senang..
sahabat yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan..

terlalu banyak kenangan bersamanya..

kerinduan ini.....hanya kerana Allah..... :(



sahabat yang baik..
adalah apabila kita melihatnya,
lantas segera mengingatkan kita pada Allah..

buatmu, humaira..
saya sayang awk, kerana Allah..
jzkk atas segalanya..


Tuesday, March 13, 2012

rindu, fillah..

Bismillah..

Pada saat dan ketika ini, hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa aku rindukan al-'adeeyat.. along (ain), angah (fareha), alang (shafika), ateh (fifa), achik (fatimah), ucu (ebah), jiha, putri..dan yang terutamanya ummi (kak mumtazah maridi)..
Aku rindukan suasana tarbiyyah bersama mereka.. =,=
Mentadabbur ayat bersama2..saling berkongsi pendapat, saling tegur..buat bulatan gembira :(




Juga..aku rindukan haunan..terlalu rindu.. =,=



juga..sahabat yg sentiasa dalam ingatan..





Aku rindukan semua..semua akhawat yang aku kenal dalam tarbiyyah..tidak cukup ruang untukku nyatakan nama semuanya di sini..sungguh, kenangan bersama antunna sangat berharga buatku..maafkan segala kekhilafanku, wahai sahabat..aku bukanlah insan yang sempurna buatmu.. =,=
sungguh, kerinduan ini hanya kerana Allah.. :(

Saturday, March 10, 2012

sketsa budak tadika

Bismillah..

Cerita ni dapat via fb, smoga bermanfaat ^_^

***

Sketsa budak tadika 5 tahun di sebuah tadika.

Budak A: Pemadam hilang seketul. (nanges2)

Budak B: Sabar2. Ujian je tu. Nah..ambik pemadam saya. Jangan nangis2 ye.

Budak A berhenti nangis dan tersenyum.
Setengah jam kemudian. Budak B lak nangis.

Budak A: La..nape nangis ni?

Budak B: Pemadam yg saya bagi tadi tu mama saya yg bagi. Tibe2 saya rasa kehilangan (pemadam) lak. Yelah, saya kan tecik lagi. Saya tatau nak wat apa, saya nangis lah. Saya tgh pk Allah bagi lagi ke tak pasni untuk saya rasa nikmat memiliki seketul pemadam. Mak kata, kalau Allah sayang, Allah bagi nikmat. Saya tgh pk Allah sayang ke tak. Kalau Dia tak sayang sy camana?

Ustazah terdengar perbualan Budak A dan B dtg menghampiri.

Ustazah: Nah..pemadam ustajah utk kamu. Sure la Allah syg.

Budak B dan A: Nanti ustajah lak nanes2 tade pemadam.

Ustazah: ( senyum )

----
Malamnya, ustazah nangis betul2. :p


Wednesday, February 15, 2012

dan bersabarlah..

Bismillah..

Sabar. Perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Aku akui aku bukanlah insan yang terbaik, bukanlah insan yang tinggi kesabarannya. Sometimes aku rasa banyak perkara yang x adil berlaku dalam hidup. ya..dalam dunia ni mana ada yang adil..sebab manusia sendiri banyak khilafnya..hanya akhirat kelak, tempat yang paling adil..kerana Allah, Maha Adil.. Huu, hari ni ade sedikit tension, err, sebanyak rasanya..sabar..sabar..

Dalam aku mencari sebuah ketenangan, tiba2 aku terjumpa kata2 smangat ni:
Dan, kerana Allah, bersabarlah.

Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…

bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…

dan kerana Allah, maka bersabarlah..

tiada ketentuan yang sia2.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.

Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

Subhanallah. sweetnya kata2 ni. "dan kerana Allah, bersabarlah" ada dalam surah al-muddathir. Moga kita sntiasa berusaha untuk menguatkan kesabaran. chayo2! gambate! fighting2! :p

Tuesday, February 14, 2012

Syria. wajib peduli



Bismillah..

Sedikit coretan mengenai keadaan yang sedang berlaku di Syria, sumber dari ikram
LinkMengapa tentang Syria? sebab aku melihat ramai sungguh yang xtau apa yg berlaku terhadap dunia islam. Yup! dunia semakin kronik. Isu yg besar kita x pandang, tapi isu2 yg remeh kita besar2kan **teguran buat diri terutamanya.

***

Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.

Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.

Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.

“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.

Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.

Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“

Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.

Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.

Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.

Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).

Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.

Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.

Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:

"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.

“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.

Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”

Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.

***

Moga kita, rakyat Malaysia yg aman damai ni, bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi. Syukur, bukanlah semudah dgn lafaz "alhamdulillah" semata. Syukurlah dgn menggunakan nikmat yg Allah beri dgn sebaiknya, mengikut kehendak Allah semata. Wallahu'alam.