Wednesday, May 11, 2011

alhamdulillah.



alhamdulillah 3x.

exams sudah tamat ^_^

hati pn makin tenang.

wahai diri,

moga terus istiqamah.



tertarik dgn words ni;


Oh Allah, i have problems..

mari kita tukar kepada:\

Hi problems! i have Allah (",)


I have to pray..

mari tukar kepada:

I NEED to pray..


ya Allah, jadikanlah kami hamba2Mu yang bersyukur..

Sunday, May 8, 2011

...

Allah tahu apa yang terbaik.
Buat semua, maafkan sgala kekhilafan diri..
Kluarga al-'adiyaat, asif jiddan kathira..
Andai shj dapat kuputarkan masa..~~
insyaAllah, ada ibrah..ada hikmah..


Duhai hati, bersabarlah..
Lupakanlah..

Monday, May 2, 2011

Mus'ab bin Umair


Mari mengenal Mus'ab bin umair..
hee, bukan cik mus'ab a.k.a ummi mus'ab masterskill~~
Mus'ab bin umair ni sahabat nabi yang cukup popular ^_-
Kalau dah pernah dengar, xpela..refresh balik yaa..
Smoga kisah ini meniupkan semangat kita untuk terus setia berjuang di jalan ini..jalan yang penuh liku2..jalan yang x mudah..kerna itu, syurga adalah bayarannya..

***



Musab bin Umair adalah sahabat rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya.

Bukit Uhud

Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

***

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

Dan kita? Ditaraf mana kecintaan kita pada Allah dan rasul? Setakat ni, x jumpa lagi la berhala kat dalam rumah ke arak ke..or kalau kita buat baik, belum lagi la sampai tahap diseksa ke..dibunuh jauh sekali! Kita hanya berperang dengan nafsu..dengan diri..dengan syaitan..Wahai diri, wahai sahabat..jadilah seperti mus'ab, once dapat hidayah, berubah 360 degree..x ada lagi melihat ke belakang..


Sunday, May 1, 2011

Imtihan..

sahabat2 jangan jadi camni..kita study kerana Allah ^_^

Exam mood~

10/5/2011
Anatomy pathology 9a.m-10a.m
Haematology 2p.m-3p.m

11/5/2011
Parasitology 9a.m-10a.m
Cytology 2p.m-3p.m

Bittaufiq wannajah fil imtihan.
Hurmm, risau? wahai diri, Allah kan ada ;)
usaha+tawakkal

btw,
jzkk keluarga al-'adiyaatku..
sgt2 terharu dgn kalian..

Thursday, April 28, 2011

Mujahadah!


Mujahadah..
Mujahadah..
Mujahadah..
Jihad fisabilillah!

Meskipun pahit ditelan..
Pahit dilalui..
Luka dihati..
Sebak dijiwa..
Terasa seolah2..
Nikmat dunia diambil..
Seolah2 merasakan..
x bole ke aku hidup mcm org biasa kt luar sana?
boleh enjoy..
ada kekasih..** :(
tapaya ssh2 nk ke sana kemari..
cita2 adlh matlamat utama..

Wahai diri,
jangan! jangan! jangan!
jangan sesekali terpedaya..
oleh dunia yg FATAMORGANA!
jangan sesekali menghidap penyakit akhir zaman!
iaitu..
penyakit wahan.
penyakit cintakan dunia..
dan takutkan mati!

"Wahai orang-orang beriman barang siapa menolong agama Allah, maka Allah akan menolongnya dan meneguhkan kedudukannya"
(Muhammad: 7)


Wahai diri,
kau akan rasa nikmatnya..
kebahagiaannya..
keindahannya..
atas segala yg kau korbankan..
di sana nanti..akhirat yang kekal abadi..

Kadang2 kau lemah..
dengan ujian yg datang dr segenap penjuru..
tetapi ketahuilah..
kau insan terpilih!
sedangkan ramai lagi yang lalai di luar sana..

Allah x melihat hasil..
tapi!
Allah melihat usaha..

usahlah bersedih hati..
usahlah merasa lemah..

Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(At-taubah:41)


Aku adalah da'e.

Aku adalah khalifah.

Aku adalah 'abid. Hmba kpd Allah.




Sunday, April 24, 2011

Tarbiyyah diri..

Alhamdulillah. Syukur pada Allah, yang masih meminjamkan nyawa ini..masih meminjamkan kudrat diri ini..Tujuh lautan sekalipun tidak mampu menjadi tinta untuk menulis pujian yang selayaknya bagi Allah swt..Dialah Allah, tuhan sekelian alam..

Mengenangkan hari2 yang lepas, kefuturan..banyak menguasai diri..aku hamba yang kerdil..aku hamba yang banyak khilaf..x layak rasanya untuk menulis di sini..tetapi, alhamdulillah, Allah menarik aku kembali..baiknya Allah! sentiasa bagi aku peluang, untuk baiki diri..sentiasa bagi aku teguran..

****

Hari sabtu lepas, aku dan sahabat2 pegi book fair, tersangatLAH ramai umat nabi muhammad saw d ctu..nak bayar 1 buku je, tapi beratur punyelah panjang..nak jalan pun sesak..apelah yang ade sangat kat ctu sampai sume pun nak gi?? (ehe..diri sndiri ^_^)

Actually, ade bnyk buku yang aku nak beli..perlunya pemantapan ilmu dek kejahilan diri yg berleluasa..pemantapan sirah, fadhu ain etc..tapi buku2 yang aku cari, x jumpe plus aku dah sangat penat, ditambah pula dengan sakit pinggang..

Dalam kesibukan manusia mencari buku, aku terpandang novel 'denyut kasih medik' karangan Dr farhan hadi, (husband ustzh fatimah syarha ^_^) walaupun buku tu dah lama keluar tapi aku x berpeluang untuk membelinya sbelum ni..so, aku pun belilah buku ni cuz sahabat2 pn cakap, buku ni best dlm memantapkn tarbiyyah diri..

Alhamdulillah, buku ni..sangat bagus, berjaya mentarbiyyah diri ini..antara kata2 yang menikam jantung, hati dan paru2 adalah:

"Beruntunglah jiwa yang tetap gagah mensyukuri Allah swt walau apa jua ujian menimpa, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan sebuah hadis scara marfu' , "sesungguhnya bersarnya pahala tergantung pada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia kan mengujinya dengan cubaan. Barangsiapa yang redha atas cubaan tersebut maka dia akan mendapat keredhaan Allah dan barangsiapa yang berkeluh-kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah."
gulp~~~

"Pengarah KFC sndiri mengaku JCorp bayar royalti pnggunaan jenama pd yahudi (6%)"
huhu~ x penah tahu, ingatkn KFC xde kena-mengena dgn yahudi cuz pengarah dia Jcorp org melayu islam..

"Clexane ialah sejenis ubat yang mencairkan darah yang mengandungi protein khinzir, penggunaannya adalah haram, kecuali ketiadaan alternatif lain. Ia boleh diganti dgn Heparin-ubat yang jauh lebih murah dan yang penting halal."
para dokter..sile ambil perhatian!

Dan BANYAK lagi sebenarnya kata2 yang berjaya menembusi jantung, hati dan paru2 aku..jahilnya diri..so, sahabat2 di luar sana, belilah buku ni..sebagai panduan juga bagi seorang doktor! Doktor, tugas bukan sahaja merawat jasad pesakit, malah juga bertanggungjawab merawat rohani pesakit..

Dalam kehidupan kita, jangan sesekali ambil mudah, pandang ringan tentang Islam, iaitu deen kita..cara hidup kita..meskipun islam itu mudah, tetapi jangan sesekali kita memudahkan islam! 2 perkara ni sangat berbeza! lantaklah orang nak cakap apa..izzahlah dengan islam! sebagaimana islam pernah berada di puncak yang tertinggi..yup, islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari itu..
~mengenangkan betapa susah payahnya nabi muhammad s.a.w dan para sahabat terdahulu berjuang, berjihad, untuk membawa islam ke sluruh pelosok dunia..dan kita? di mana kita?

Wednesday, April 20, 2011

:(


:(

Entah mengapa,

Tiba2 malam ni aku sangat merindui akhawat..

Rindu kehadiran mereka disisi..


dan..

aku sayangkan keluarga aku..

mahukan keluarga-

sakinah, mawaddah wa rahmah..

abah..

mama..

pak os&kak feefa..

pakhid&kak saadah..

kak dayah&abg handy..

paken&kak ima..

kak nen..

hasan..

serta anak2 buah yg sgt aku syg..

syg sgt2x..

farihin, adam, bukhary, aiman, luqman n muslim..


Alangkah bahagianya,

Jika ukhuwwah kami kekal hingga syurga..

Alangkah indahnya,

Jika kami bersama2 memikul beban dakwah ini..


:(

x tahu kenapa malam ini aku beremosi..

apakah sudah dekat waktuku utk melangkah ke alam seterusnya?

aku sayang semua..

semua..

semua yang aku kenal..

maafkan segala khilaf diri ini..