Bismillah..
Sollu 'alannabi..
Okay, forget all those things yang mengganggu fikiran. Hihi. ku sedari ketidakmatangan ini :P
Alhamdulillah, aku baru sampai Leeds hari isnin lepas, 4feb pukul 12.45pm (waktu leeds)..macam biasa, almost 2 days aku travel..duduk berjam2 dalam plane dan bus, alhamdulillah pengalaman terrbaik yang Allah kasi :) macam-macam ujian aku tempuhi..dan alhamdulillah, Allah sentiasa menemani, menjaga..dan memelihara.. *wahai diri, mohon bersyukur.. kalau nak cerita segalanya kat sini memang tak la kan, huhu, macamla ade orang nak bace pun :P
Dan esoknya terus aku start class..huhu..memang jet lag ler..class aku non stop dari pukul 2-6pm..aku sedaya upaya menahan mata dari mengantuk, yela kalau kat malaysia pukul 6pm tu da pukul 2am..memang peningla kepala..dan yang lagi bestnye hari pertama dah dapat task yang super best gileee..aku kena buat draft untuk project sebanyak 8000words dalam masa 2 weeks..huhuhu, alhamdulillah.. ^_^ tu baru project, belum task untuk modules.. wahahaha.. terbaik :')
Sometimes kan..aku rasa cam x layak je belajar kat sini..terasa macam x mampu nak catch-up :( student2 kat sini semuanya pandai2..aku ni biasa2 je..dan ini tahun akhir, bukan tahun pertama..dats mean, markah yg aku dapat ni, markah ni lah untuk final cgpa aku..
Huuuuuuuuuuuuu. down gila.. tapi bila melihat gambar family, semangat aku naik kembali..apepun aku tetap akan berusaha! usahaa! Diorang hantar aku sejauh ini..diorang yakin dengan aku..aku x boleh hampakan harapan diorang..dan aku yakin, ada hikmahnya Allah hantar aku sejauh ini.. *mohon bersyukur..
Okay, sudah2lah cakap tentang diri sendiri kan, hihi..bukannya orang nak ambil tahu pun :P
nak dijadikan cerita, selepas aku balik dari class, aku memang ler mengantuk gila tapi disebabkan aku x bawak kunci so x boleh la nak balik rumah..kawan aku ajak gi dengar islamic talk, so disebabkan aku pun x bole nak balik rumah, nak stay kt library memang tak la kan sebab mengantuk, so aku pun setuju untuk pegi talk tu..yang sebenarnya Allah memilih aku untuk dengar talk tu :')
Anyway aku nak share sedikit ape yang aku dapat. (talk ni tentang
backbiting ataupun dlm bhs arabnya
ghibah..ataupun dlm bhs melayunya
mengumpat)
Well dosa yang paling senang untuk dibuat, dan setiap hari mesti punyalah ade terbuat or sengaja buat adalah mengumpat. setuju x? aku setuju..
dan dosa yang sukar untuk diampuni adalah mengumpat. setuju x? aku setuju..cuz kalau kesalahan lain seperti minum arak, zina, tinggal solat etc kita boleh bertaubat pada Allah, dan insyaAllah semoga Allah mengampunkan dosa2 kita..tapi kalau mengumpat, kita minta ampun macam mana pun dengan Allah, tapi selagi orang yang kita umpatkan tu tak maafkan kita, selagi itulah dosa itu kekal.. na'udzubillah..
Ade beberapa sebab kenapa kita mengumpat,
1-sebab cemburu dengan kelebihan orang lain. so bila nampak je keburukan orang tersebut, terus je nak cerita kat orang.
2-sebab mengisi masa terluang. huhu. betul gak cuz kekadang bila ade masa terluang, pulak tu da lama x jumpa kawan2, mula lah nak cerita itu dan ini..
dan sebab2 lain aku x ingat sangat, cuz mengantuk time tu..huhu
Dan aku nak tegaskan kat sini, mengumpat itu adalah
pointing/saying/imitating perkara yang
benar pada orang lain tentang seseorang, yang kalau orang tu dengar dia
tak suka. Baik dibelakang orang tersebut mahupun dihadapannya (public). kalau bohong tetang seseorang, itu dikira fitnah :')
Ade beberapa situasi yang membenarkan kita untuk mengumpat seperti:
1-untuk menghentikan seseorang itu daripada buat jahat. contohnya seseorang tu merompak, so kita kenalah bgtau polis etc..etc..
2-untuk menasihati orang tu. tapi bukan secara public, juga bukan dengan cerita kat orang lain, tapi bersemuka dgn dia, dan secara berhikmah..
3-untuk menghentikan berita yang x benar yang disebarkan oleh seseorang.
dan beberapa situasi lain yang boleh anda google.
well, tak mudah kan? kadang2 kita rasa macam nak meluahkan perasaan bengkek kita pada sahabat baik kita, ataupun family kita..tapi sebenarnya kita dah
ter'mengumpat..huhu..may Allah forgive us..dan orang yang mendengar ghibah/backbiting/mengumpat ini juga dosanya sama seperti org yang mengumpat..so, ape yang bole dibuat adalah stopkan perbincangan itu dari mengumpat ataupun just tinggalkan perbincangan itu pegi tempat lain..
Untuk kita bersihkan diri dengan dosa ini, of course pegi minta maaf kepada tuannya..i mean orang yg kita umpatkan..kalau x jumpa orang tu (cuz da lama berlalu) then banyakkan doa untuk orang tu..n banyakkan bersedekah..
Semoga Allah mengampuni segala dosa yang lalu..amiin..
Dan kepada sesiapa yang mengenal diriku, aku pohon..maafkan segala kesilapan yang aku dah buat, samada secara sengaja ataupun tidak..semoga Allah merahmatimu, menjagamu dan melindungimu selalu..
Setakat ini sahaja perkongsian, salah dan silap harap tegur. Semoga bermanfaat kepada diri sendiri yang terutama, juga buat semua..
Wallahu'alam.