Monday, October 25, 2010

kesihatan: diet mengikut jenis darah?




Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.

Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.

Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.

Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.

Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.

Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.

Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.

Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.

Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.

Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.

Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.

Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.

Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
* Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
* Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
* Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

* Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
* Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
* Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
* Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'AB'

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.

Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.

Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
* Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek: Yogurt

Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

* Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
* Mudah mengadaptasi berbagai makanan
* Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
* Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
* Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.



Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

sumber: http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/975-rahsia-diet-menguruskan-berat-badan-mengikut-jenis-darah.html

Wednesday, October 20, 2010

sukar mencari akh marwan

alhamdulillah artikel ni dpt dr ibnutoha.wordpress.com.
hm, sgt2 terkesan bila m'baca. biasala pd umur2 yg sebegini sntiasa d uji dgn plbagai dugaan.

sekadar berkongsi~



-------------------------------------------------------------------~@

Sambil menanti menu pesanan, fikirannya menerawang kosong. Biasanya Wafa’ jarang membuang waktu begitu, dapat sehelai ayat pun cukuplah – dari mushaf kesayangannya.
…..
Syifa’ tersenyum malu, tunduk tersipu-sipu.”Betul ke? Enti setuju ek, tak macam terlalu awal ke?” Wafa’ bertanya dgn wajah berkerut, agak kurang pasti…
“Kenapa? Bukan ke Wafa’ ke yg sampaikankan lamarannya?” Syifa’ heran…sedikit gundah. Wafa’ menggeleng. “Tidaklah…Wafa’ cuma sampaikan amanah akh miqdad. Dia sudah siap menikah dan ternytata dia menginginkan enti. Kalau enti sudah mantap…no worries. Sudah istikharahkan?”
“Sudah…”

“Nasi goreng daging?” Teguran waiter mematikan lamunannya. Entah mengapa berat benar dia ingin menerima kenyataan itu. Cemburu? Jauh sekali…

Tetapi…bukankah lebih baik akh memilih ukht yg lebih membutuhkan pernikahan dan sudah siap menanti begitu lama..? Fidaa’ misalnya, sudah 27. Atau kak Widad…28. Sedangkan Syifa’ baru 19. Second year uniKL… Huh.

Wafa’ mengeluh. Teringat perbualan zaujnya semalam dengan akh miqdad…Cukup menjengkelkan. Astaghfirullah, moga dia tidak terus su’uzhon…
“Enta biar benar syeikh, mas’ul enta ok ke? Baru sgt di…umum lg. Ingat sikit syeikh, menikah nie bukan sekadar memenuhi kebutuhan seorang manusia…”
“Afwan syeikh, ana ingat prinsip tue. Dalam rangka ibadah dan perhitungan kekuatan dakwah, insyaAllah dengan memilih Syifa’, ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah. Daripada nikah dgn org lain, tapi asyik teringatkan dia…” Akh miqdad mempertahankankan keputusannya.
(huuh alasan lapuk..bagiku..)

Akh miqdad meneruskan katanya lagi, “Dia juga cerdas. Memenuhi kriteria yg ana inginkan…”
“Bukan ke kerana dia cantik?” zaujku memintas percakapannya.
“Ala, itu normallah… Kita kan lelaki, rasionalla syeikh…”
(mudahnya…huuh)

Mengecewakan…
Ikhwah seperti Miqdad ternyata masih mengutamakan fizik. Alasan lain tentunya tambahan semata. Huuh. Ups…suuzhannya. Tapi sejujurnya…
Wafa’ benar2 kecewa. Bukankah seharusnya org seperti miqdad adalah mereka yg memilih isteri berdasarkan kualiti agama… Mengapa?

“Aih, mengelamun ke puan wafa..?”Panggilan lambut mengingatkannya kepada nasi goreng daging yg belum disentuh didepannya…
“Aduh. Terkejut lah. Takde kerja lah tue cik Lin. Entah lah, peningla perangai ikhwah…”
“Kelmarin dah mengeluh, hari nie mengeluh lagi. Baguslah… At least ikhwah pilih akhawat. Huhu”, meluncur laju dr bibir cik Lin…
“Ala kalau tak dapat ikhwah pun tak pa. Kenapa, mereka ke yg terbaik di dunia? Kalau tak qualified, no way lah…” Cik Lin tiba2 beremosi…huhu
“Temankan ana jap. Cari zauj wafa’. Kat bilik sana rasanya…” Wafa’ menarik tgn ukhtinya yg sgt disayanginya…

………….
Baru sahaja hendak mengetuk memanggil akh faruq, zauj Wafa’, terdengar pembicaraan yg membuat mereka berpandangan…
“Bila enta nak nikah syeikh? Dah habis study dah, sudah punya ma’isyah. Kasihan akhawat menunggu…” Suara akh Zaid.
“Biar dululah…kemampuannya belum ada. Takde 20k, jgn omong kosonglah…hehe.”
“Yelah tue… Eh, enta nie, enta nak akhawat macam mana..?”
“Iyalah, kalau ada yg macam aisyah, cantik dan cerdas. Aha…plus macam khadijah ada bisnes boleh sara ana sambung masters. Haha!” Canda akh Umar.
“Yalah, dua-dua terus lah akh…” Sambut akh Zaid.
Keduanya tertawa…
“Jangan terlalu bnyk kriteria akh…”
“Tenang… Stock akhawat kan banyak. Derang tak tolak punya. Haha…”

Wafa’ menarik tgn ukhtinya berlalu. Niat mencari zaujnya terbantut, bibirnya mencebik. Mulutnya mula mengomel,
‘Amboi, mudahnya bercakap, satu pun belum tentu akhawat nak. Ada hati, macam lah sekualiti rasul…’
Marah. Geram.
Entah lah. Ade lagi konsep begitu di kalangan ikhwah kita…huuh.

Tetiba dia teringat akh Marwan. Subhanallah, ikhwahnya bagus sgt…nasyat. Kerja bagus, dan tentunya good looking… Pernah terpilih pelajar terbaik melb uni juga mas’ul tarbiyyah di sana. Belum lagi jawatan2nya kini di Malaysia. Pendek kata, dia dulu antara akhawat yg mengaguminya…
Ketika akh Marwan menikah, kononnya, banyak akhawat yg patah hati. Seperti apakah zaujah pilihannya..? Wafa’ sampai lambat ke satu program kerana teringin benar singgah n melihat sendiri bagaimana rupa zaujah akh Marwan…

Jreng………ukht Aisyah, zauj akh Marwan tidaklah seperti yg Wafa’ bayangkan. Tidaklah secatik dan semuda Syifa. Usianya bahkan 5 tahun lebih tua dari akh Marwan. Aduh, itu yg membuatkan dia menjadi lebih kagum dgnnya. Memilih ukht Aisyah lebih kerana urusan agama n dakwah…

“Puan wafa’! Ngelamun lagi lah tue…”
“Ade lagi ke ye macam akh Marwan?” Wafa’ membalas. Tercengang2 Cik Lin. Namun faham apa yg difikirkan ukhtinya… “Entah lah. Ana sendiri ada beberapa kriteria utk calon Zauj…tp ana ingin bakal zauj ana memilih ana kerana kualiti dalaman ana, bukan kerana manis, atau pointer yg terbilang atau kerana jawatan2 yg ana sandang…bukan. Tapi kerana alasan akh Marwan memilih ukht aisyah…ucap Lin lirih.

Sampai di rumah, Wafa’ mengeluh lg. Beberapa hari fikirannya menerawang kosong. Langkahnya bagai diawangan, tidurnya tidak lena, mandi tidak basah. Gaya org bercinta…
Zaujnya maklum. Tentu ada yg tidak kena…

“Kenapa ikhwah memilih sgt??” Wafa’ mula menduga.
Zaujnya melempar senyuman. “Akhawat pun sama…apa kurangnya. Ternyata masih ramai yg menilai kerana hitungan manusiawi; gaji tetap misalnya…bukan begitu?” Zaujnya pula bermain kata.

“Logik la kan? Mestilah. Nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yg lebih baik butuh dana sekian sekian; urusan sekolah lagi, makanan bergizi, keperluan di rumah, permainan anak2, magic disney (gurau je)… Apa lagi kalau anaknya banyak.”
Wafa’ cuba membela kaumnya.

“Ok. Ok. Relax2, jgn terlalu emosi. Memanglah, cuma sekarang nie ramai akhawat qana’ahnya kurang. Bezakan antara kebutuhan n keperluan? Soal makan contohnya, yg bergizi tak semestinya mahal kan? Dengar2 sekarang ramai akhawat dah tak pandai masak yea, terus bagaimana..? Tambah biaya lagi…hehe.” Zaujnya terus mengusik melihat Wafa’ sudah monyok dan wajahnya tertekuk-tekuk…

………………
Yang pasti, jiwa masih boleh dibentuk, persepsi masih boleh diubah. Wafa’ mengharapkan ikhwah yang masih memegang neraca bumi akan menyedari betapa nilai sementara dunia tidak bermakna. Ini semua merupakan persoalan tarbiyah, mungkin jawatannya sahaja ‘ikhwah’, tetapi mungkin dia belum mengunyah dan menghadam prinsip-prinsip dakwah.

Wafa’ termenung sekali lagi, khuatir terlalu banyak ‘muhajjir Ummu Qais’ dalam pasukan daie. Wafa’ termenung lagi, mengenangkan jalan dakwah ini, orang seperti apakah yang akan membentuknya.
Kepada akhawat pula, Wafa’ mengharapkan usahlah terlalu bertepuk tangan apabila datangnya pinangan ikhwah, kerana pinangan itu merupakan tanggungjawab, bukannya tanda laku atau tidak dirinya.
Dan kepada akhawat yang masih menunggu, dan saban hari kebutuhannya semakin bertambah, dan masih tetap terus thabat dalam iman dan taqwa, pasti Allah sediakan hikmah yang besar untuk mereka!
Wafa’ pasti, tarbiyah Allah itu berterusan. Barangsiapa yang senget dalam keputusan awalnya, pasti tidak dapat berjalan dengan lurus selepas itu. Pasti ada sahaja cara yang lembut atau keras teguran Allah.
Entah lah… Wafa’ sudah tidak punya jawapan pd persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalanya. Yang pasti dia amat meyakini, sukarnya di zaman ini mencari ikhwah seperti akh marwan!!

Penulis : Ummu Wafa’

hari lahir




alhamdulillah hari ini genaplah 20 thn 2 hr umurku. bgitu pantas skali masa blalu.
stiap hr, stiap detik, stiap saat..maka makin hampirlah aku dgn kematian..

bersediakah aku??

Monday, October 18, 2010

ini jalan yg kupilih

syahadatul haq.

bila lahirnya seorang bayi ke dunia, maka lahir jugalah seorang khalifah.
(2:30)
hidup ini hanyalah tidak lain dan tidak bukan untuk Allah.
(52:56)

seusai kita mengucapkn 2 kalimah syahadah iaitu "aku naik saksi bhw tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bhw nabi muhammad pesuruh Allah" maka tergalas lah tanggungjawab kita sbg seorang islam.

apa tanggungjawab kita??
adakah hanya mngaku bhw kita org islam, solat, puasa, zakat, haji semata2? atau dgn mlakukn ibadah2 sunat atau b'buat baik smata2?
bila kita kembali merujuk tujuan kita d ciptakn, tdk lain tdk bkn hny utk b'ibadah pdNya dan m'jd khalifah d muka bumi ini.

adakah kita telah melaksanakn tugas kita?
kita..hari ini..bagaikan lena d buai mimpi yg sgt panjang..tanpa mngetahui & fahami tugas kita..
alasannya..penat study..penat kerja..penat sgala2nya..tidakkah kita tahu tntg tugas atau kerja kita yg plg utama?? yg tlh d tugaskn buat kita sejak kita mngucapkn syahadah?
mampukah kita jwb soalan mngkar dan nakir d alam barzakh nnt? dan..mampukah kita m'hadapi hari pembalasan kelak??

wahai sahabat2, marilah kembali pd fitrah islam..tiada mudarat melainkan manfaat yg kita dapat..ssungguhnya Allah bersama dgn org2 yg sabar..bulatkanlah hati kita pd Allah..hidup & mati kita krnNya..



sungguh..ini jalan yg kupilih..kmbali pd fitrah islam..

Thursday, October 14, 2010

u.j.i.a.n

Ujian adlh guru yg x bercakap, tetapi ia sgt mengajar & m'didik. Ujian t'kecil apalagi t'besar adlh takdir Allah. Yang m'punyai maksud t'tentu. Krn jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dr Allah atau melalui org lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja nak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang m'datangkan ujian tersebut. Hati berdendam & buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.
Allah Maha Pengasih; jauh skali Allah takdirkn ujian hanya untuk menyusahkan hambaNya.
Ujian sbenarny melatih kita utk m'dapatkan sifat2 yg t'puji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sbg hamba yg lemah, m'dekatkn diri dgn Allah, harapkn p'tolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat smentara etc.

hurmm..
Ujian saya?

tahun 2009.

bnyk ujian yg sy lalui. hand phone, lap top, camera digital n bnyak lg kne curi. kete kne pecah masuk, rumah kne pecah masuk..bilik pn kne pecah masuk..
time tu ramaila yg m'beri nasihat, sokongan n x kurang juga keluhan..sedih juga waktu tu bila diri ini d anggap sbg ssuatu yg 'menyusahkan'..
salah sy kah? sy cuai kah? rsenye mcm2 safety precaution sy da amik..sedih juga bila d label sbg x tahu jaga diri..
ape2pn smua yg t'jadi pasti t'selit dgn hikmah yg t'sendiri..

tahun 2010.

alhamdulillah tiada ape2 yg buruk blaku.
cume..sgt sedih tahun ni bila terkenangkn 2 sahabat yg d sayangi d timpa ujian..yg mne sy rasa lebih berat dr ujian yg sy hadapi sbelum ni..
seorang ade sakit jantung..
seorang lg ade kanser..
ya Allah, berilah ketabahan & kekuatan pd mereka..hny Engkau yg tahu ape terbaik buat mereka..
cuba bayangkan, kita yg sihat walafiat, tiba2 shj disahkn m'punyai penyakit yg serius..ape perasaan kita? mcm tu la yg t'jd pd 2 sahabat sy..

buat sahabat2 d luar sana..la tahzan bila d beri ujian..krn Allah bersama kita :)

firstofall



Blog ini utk sharing, nasihat diri sndiri, luahan qalbi etc

hmm..
Knp perlu ade blog?
Baru sy sedar..knp murobbi sy suruh buat blog..sbenarny bkn utk suke2 tp dgn blog, ianya sebagai salah satu medium dakwah & tarbiyyah..

Huu, sy sbenarnya X PANDAI menulis, mengarang ayat..apatah lagi nak ada blog sndiri..tapi bila difikir2kan, seperti dlm firman Allah:

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

[103:1-3]


So..sy pn beranikan diri utk buat blog..pandai tulis ke x tu lain cerita..cuz Allah yg memberi kefahaman pd ssorang, Dia sebaik2 murobbi..kita hny mnyampaikan..

Smoga sama2 beroleh manfaat..
sekian ^_^