Thursday, August 25, 2011

26 ramadhan 1432

Bismillah..

for some reason..i hate myself :( a lot**
ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara2 yang Engkau murkai..
ya Allah, redhakanlah usaha kami..
ya Allah, berikanlah aku kekuatan, dalam menempuh ujianMu..

****

menyingkap erti sebenar kita puasa..knp kita perlu puasa..
check al-baqarah:183 ^_^
puasa bukan smata2 menahan lapar & dahaga..
bukan semata2 solat tarawih..
bukan smata2 nak buat kebajikan skit2..
puasa d wajibkan kepada kita utk menjadikan kita org yang bertaqwa..!

****

Pengertian taqwa (sumber dari iluvislam)

Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".[2]

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".

****

so..nilai kembali, posmortem hati..stakat 26 hari kita puasa ni, meningkat atau x taqwa kita pd Allah? klu diri masih melakukan pkara2 yang Allah x suka- masih melewat2kan solat, masih berbohong, masih tidak menutup aurat, masih merokok, masih terjadi ikhtilat etc, maka kita sendiri nilai, sjauh mana quality puasa kita..adakah kita tergolong dlm golongan yg berpuasa tp x dapat apa pn slain lapar dan dahaga? na'uzubillah..

Andai..ini ramadhan terakhir buat kita..
andai..sesaat lagi kita akan pergi menemuiNya..
maka akan terputuslah segala nikmat yg Dia pinjamkan buat kita..
tiadalah lagi belaian manja si ibu..tiada lagi gurauan senda kawan..
kita hanya seorang..seorang!
menghadapi hari muka..
wahai diri, sedarlah..umurmu hanya seketika..
kembalilah, pada Dia, yang maha Esa..

wallahu 'alam


Friday, August 12, 2011

buat awk, cik balkis.

cik balkis..
saya terharu bila awak ingat pada saya..
saya sangat2 terharu, walaupun awk sakit n banyak perkara yang awak dah x boleh ingat, tapi awk masih ingat pada kenangan2 kita..
awak, sahabat baik saya yang pertama kat masterskill..awak, banyak bagi dorongan pada saya..
selalu saya bayangkan, kalaulah awak ada skarang, bersama2 dengan saya..menggerakkan islam d sini..alangkah indahnya..seperti suatu ketika dahulu, kita aktif bersama2..

saya rindu awak la :(


Monday, August 8, 2011

apa2 sahaja~


kepala sangat berat. hu~
ade sedikit kedukaan di sini..x dapat lakukan dengan baik untuk sesuatu perkara..
terasa bagai..dihempap dengan objek yang agak besar..objek yang agak luas diameternya..
bibir mudah melafazkan sabar..mulut laju melafazkan tenang..
tapi hatilah yang menanggung duka..
andai, jika, kalau, if..kerap skali perkataan2 ini terbit dari bibir..

astaghfirullah..

jangan sesekali begitu, wahai diri..
jangan menyalahkan takdir, andai diri sendiri kurang doanya..kurang usahanya..
moga setiap detik dan saat, adalah menjadi hamba Allah..redha dengan ketentuanNya..


Saturday, August 6, 2011

Detik..






Setiap detik yang d lalui..adalah detik2 yang terakhir..
x kan mungkin melalui detik yang sama..pada masa yang akan datang..
Maka, syukurilah atas segala nikmat yang diberi..
Manfaatilah setiap detik yang ada..
Kerana setiap detik, akan d pertanggungjawabkan d hadapan Allah s.w.t..




dan kerana Allah, bersabarlah..
dan kerana Allah, lakukanlah..