Monday, May 30, 2011

Palestine, wajib peduli!

In the name of Allah..

Sumtimes aku pelik dengan saudara2 seislamku, yang slumber dek je makan dengan aman di mcD dan yang sekutu dengannya-KFC etc..tanpa rasa bersalah!!!
Bila bicara tentang rakyat palestine, mula la nak marah2 yahudi zionist tapi hakikatnya still lagi menyokong mereka..heyy! satu sen pun kita x nak derma pada mereka tau! apatah lagi keuntungan mcD, KFC etc yang berbilion2 tuh! (geram sungguhh)
Kot laa x de makanan lain yg boleh d makan kan..
walhal banyak je kowtt lagi makanan yang halalan tayyibah, yang bersih dr nama2 yahudi dan sekutunya..

Asif jiddan, entry ni sangat beremosi..sekadar luahan qalbi..mana yang x baik (mmg bnyk pun) x perlu diikut..wajib! jangan ikut!

Mari kita recall balik sejarah palestine..
Kejam sungguh yahudi zionist tu kan? sesuka hati ambil tanah orang lain then porak perandakan kawasan tu..Siapa lagi kejam ya..apabila saudara islam sendiri tidak menghiraukan saudara seislam yang lain (apabila mereka dibunuh sesuka hati, tempat tinggal dibom sesuka hati etc) malah, saudara islam tuh menyokong yahudi zionist dengan menyumbangkan duit pd mereka! astaghfirullah3x..paling teruk, cara hidup pun kita ikut mereka..

Siapa lagi kejam???? kita atau mereka??

Kita x rasa apa yang mereka rasa! kita x kena apa yang mereka kena! Kita x lihat sendiri bagaimana orang2 yang kita sayang syahid di depan mata kita! Sebab kita yang aman ni x rasa apa yang terjadi pada mereka, sebab x terjadi pada kita..kita makan dengan penuh keenakan, hidup dengan penuh kedamaian..bila keluar isu palestine, kita hanya tau kesian kesian kesian kat mereka..tanpa ada sekelumit pun rasa terpanggil untuk berjihad..malah nak boikot yahudi zionist pon payah!! sombongnyaa kita!
Boleh terima jugaklah kalau ada yang kata, x boleh nak boikot certain produk mereka contohnya intel, ok, bagaimana dengan produk2 yang lain? yang kita ada alternatif lain? mcD dan KFC tu ape cerrr? x kan x bole boikot jugak kot?? sedangkan kita dah sedia maklum fastfood tu banyak bahan kimia dan langsung x bagos utk kesihatan!

Wahai saudara2 seislamku..jangan begitu..jangan begitu..
Kita perlu bersatu, kita perlu kembali pada fitrah islam..
Jangan sesekali rasa ketinggalan, bila kita mengikut syariat islam, kerana telah terbukti..telah terbukti! yang islam telah menakluki 2/3 dunia..kita ni mulia kerana islam!

"Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat2Nya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (al-anfal:2)

Mari betulkan saf2..mari betulkan niat..
Semoga Allah meredhai perjuangan kita..hidup kita, x lain dan x bukan hanya mengharapkan redhaNya..apalah erti kita hidup, kalau kita papa di akhirat, kerana akhirat itulah yang kekal abadi!

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Asif jiddan kathira.
Wallahu'alam.



Palestine will be free, insyaAllah.

Sunday, May 22, 2011

rindu mereka~


melihat folder lama2 dlm laptop, tibe2 aku terpandang pic ni..
ya Allah..sungguh aku merindui suasana ini..
merindui insan2 dalam pic ni..
...


Monday, May 16, 2011

Ama zilna-benammi


Hari ini ade sedikit down..
Telah mengecewakan insan yg amat aku sayangi..
**sedih
Sedikit sebanyak,
lagu ni menenangkan hati..
lagu, hadiah dari ukhti nadrah, jzkk..

Ama Zilna-Benammi

نقبل بقلوبنا على الله
kami persembahkan jiwa2 kami kepada Allah

لا خوف ولا حزن لمن هداه
tiada ketakutan dan kesedihan
bagi sesiapa yg diberiNya petunjuk

حبله متين لا يندثر
taliNya kukuh takkan terlerai

رزقه دائمٌ لمن يفتقر
rezeqiNya sentiasa ada buat yg memerlukan


في كل مكان
di setiap tempat

وكل زمان
di setiap ketika

فوقكَ ربٌ عظيم يرعاك
di atas sana
ada Tuhan Maha Agung yg memeliharamu

في أي مكان
di mana jua

في أي زمان
pada bila2 masa

لك رب يحبك لن ينساك
kau punya Tuhan yang sentiasa menyayangimu
& tidak pernah melupakanmu

أما زلنا ... أما زلنا .. نخشاه
adakah kita masih punya rasa takut terhadapNya?

اما زلنا نحمده
adakah kita masih lagi sentiasa memujiNya?

أم نسينا أنّا عباده
atau adakah kita telah pun melupainya?

لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
tiada Tuhan selain ALLAH


نعيش في ملكه ما يشاء
kita hidup di bawah kekuasaannya selagi mana Dia kehendaki

نغوص في جوده بالدعاء
kita menikmati kemurahan daripadaNya dengan berdoa

نطمع في افضاله بالرجاء
kita berhajatkan kebaikan daripadaNya dengan penuh pengharapan

ملاذنا اذا اشتد البلاء
tempat kita berlindung tatkala ujian dirasakan begitu berat


قلبي لله
hatiku untuk Allah..

روحي لله
seluruh nyawaku untuk Allah..

امالي لله
cita2ku untuk Allah..

كلّي لله
segalanya hanya kerana Allah

Sunday, May 15, 2011

Remind. Refresh. Recall


What r our purposes to live in this world actually?
Open our eyes, hearts and minds.
Ask our iman-
till now, what we have done..
as His servant.
as khalifah.
as daughter/son.
as muslim..

This is a REMINDer 4 me & u, lets REFRESH our soul and RECALL back d seerah.
May we keep in this path though this path is definitely difficult,
but d destiny is certain..


Wednesday, May 11, 2011

alhamdulillah.



alhamdulillah 3x.

exams sudah tamat ^_^

hati pn makin tenang.

wahai diri,

moga terus istiqamah.



tertarik dgn words ni;


Oh Allah, i have problems..

mari kita tukar kepada:\

Hi problems! i have Allah (",)


I have to pray..

mari tukar kepada:

I NEED to pray..


ya Allah, jadikanlah kami hamba2Mu yang bersyukur..

Sunday, May 8, 2011

...

Allah tahu apa yang terbaik.
Buat semua, maafkan sgala kekhilafan diri..
Kluarga al-'adiyaat, asif jiddan kathira..
Andai shj dapat kuputarkan masa..~~
insyaAllah, ada ibrah..ada hikmah..


Duhai hati, bersabarlah..
Lupakanlah..

Monday, May 2, 2011

Mus'ab bin Umair


Mari mengenal Mus'ab bin umair..
hee, bukan cik mus'ab a.k.a ummi mus'ab masterskill~~
Mus'ab bin umair ni sahabat nabi yang cukup popular ^_-
Kalau dah pernah dengar, xpela..refresh balik yaa..
Smoga kisah ini meniupkan semangat kita untuk terus setia berjuang di jalan ini..jalan yang penuh liku2..jalan yang x mudah..kerna itu, syurga adalah bayarannya..

***



Musab bin Umair adalah sahabat rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya.

Bukit Uhud

Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

***

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

Dan kita? Ditaraf mana kecintaan kita pada Allah dan rasul? Setakat ni, x jumpa lagi la berhala kat dalam rumah ke arak ke..or kalau kita buat baik, belum lagi la sampai tahap diseksa ke..dibunuh jauh sekali! Kita hanya berperang dengan nafsu..dengan diri..dengan syaitan..Wahai diri, wahai sahabat..jadilah seperti mus'ab, once dapat hidayah, berubah 360 degree..x ada lagi melihat ke belakang..


Sunday, May 1, 2011

Imtihan..

sahabat2 jangan jadi camni..kita study kerana Allah ^_^

Exam mood~

10/5/2011
Anatomy pathology 9a.m-10a.m
Haematology 2p.m-3p.m

11/5/2011
Parasitology 9a.m-10a.m
Cytology 2p.m-3p.m

Bittaufiq wannajah fil imtihan.
Hurmm, risau? wahai diri, Allah kan ada ;)
usaha+tawakkal

btw,
jzkk keluarga al-'adiyaatku..
sgt2 terharu dgn kalian..