Sunday, February 27, 2011

reuNion

Alhamdulillah, hari jumaat lepas saya dapat belajar n buat dadih, muffin n tart ^_^
Huu, simple je nak buat sebenarnya. Hanya memerlukan bahan2 n oven :) xde susah2.



Saya x laa buat sorang2, turut dibantu oleh sahabat2 dari KUIS.
Huu, kira macam kitorang buat reunion/gathering la, kat rumah salah seorang daripada kami.
Alhamdulillah, percubaan membuat dadih, muffin n tart berjaya. Rasa ada. Rupa ada. Cume presentation tu masih boleh dibaiki. Hee. Actually kami first time buat semua ni, berpandukan resepi yang tertera pada sampul packet bahan2 yang dibeli.
Alhamdulillah, lpas ni bole buat lagi kat rumah ^_^



ukhwah fillah abadan abada. indahnya berukhuwwah krn Allah ^_^



Actually kan, ape pun kat dunia ni, kalau tahu cara n gaya, insyaAllah kita bole buat. n mana ada orang lahir2 je terus tau semua. Of cos la kita kena belajar n praktikkan. Cuz pengalamanlah yang mengajar kita. n jangan sesekali merasa sudah terlambat untuk belajar sesuatu, bak kata omputeh 'better late than never'.

Friday, February 18, 2011

Abu Dzar al-Ghifari

Mari mengenal abu dzar al-ghifari :)



Mungkin dah ramai tahu tentang kisah bagaimana abu dzar mengenal islam, tapi bagi saya slaku budak baru belajar, kisah ni amat menyetuh hati. Berkali2 baca pun x mengapa. Betapa tingginya keyakinan dan keteguhan iman abu dzar yang pada ketika itu BARU mengenal islam.

Jom sama2 ambil iktibar dari kisah ini :)

Abu Dzar al-Ghifari merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuannya dan kesolehannya. Ali RA berkata mengenai Abu Dzar RA: “Abu Dzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi dari orang lain.”

Ketika dia mulai mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW, dia telah mengutus saudara lelakinya menyelidiki lebih lanjut mengenai orang yang mengaku menerima berita dari langit. Setelah puas menyelidiki, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Dzar bahawa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang sopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.

Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Dzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan. Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada waktu itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan melihat keadaan pada waktu itu dia merasa takut hendak bertanya mengenai Nabi SAW. Ketika menjelang malam, dia dilihat oleh Ali RA. Oleh kerana ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Dzar ke rumahnya dan melayani Abu Dzar sebaik-baiknya sebagai tamu. Ali tidak bertanya apa pun dan Abu Dzar tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah. Pada keesokkan harinya, Abu Dzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Dzar gagal menemui Nabi kerana pada waktu itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin. Pada malam yang keduanya, Ali membawa Abu Dzar ke rumahnya.

Pada malam itu Ali bertanya: “Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?”

Sebelum menjawab Abu Dzar meminta Ali berjanji untuk berkata benar. Kemudian dia pun bertanya kepada Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: “Sesungguhnya dia lah pesuruh Allah. Esok engkau ikut aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi awas, bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau hubungan kita diketahui orang. Ketika berjalan esok, kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan sepatuku. Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak curiga hubungan kita.”

Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Dzar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak tanya jawab, dia telah memeluk agama Islam. Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasihatkan supaya cepat-cepat balik dan jangan mengkhabarkan keislamannya di khalayak ramai. Tetapi Abu Dzar menjawab dengan berani: “Ya Rasullulah, aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu.”

Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.”

Tatkala mendengar ucapan Abu Dzar itu, orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya. Kalau tidak kerana Abbas, bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam, tentulah Abu Dzar menemui ajalnya di situ.

Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu Dzar: “Tahukah kamu siapa orang ini? Dia adalah keturunan Al Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang pulang pergi ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalangi perniagaan kita dengan Syam.”

Pada hari berikutnya, Abu Dzar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.

Keghairahan Abu Dzar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya. Apakah dia boleh dituduh telah mengingkari perintah Nabi? Jawabannya tidak. Dia tahu bahawa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak menunjukkan Nabi SAW walaupun ia mengetahui, dengan berbuat demikian dia melibatkan dirinya dalam bahaya. Semangat keislamannya yang beginilah yang telah menjadikan para sahabat mencapai puncak keimanan dalam alam lahiriyah serta batiniyah.

Keberanian Abu Dzar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah. Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak semestinya boleh melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

al-Quran untuk kita

Interaksi dengan al-Quran.

Huu.
Bole ke nak b'interaksi dengan al-Quran?
Macam mana nak b'interaksi?



Hee.
Buleh nak berinteraksi..buleh sesangat!
Dengan syarat, kita kena baca al-Quran dengan hati :)
Cuz al-Quran ni bukan untuk dimegah2, bukan jugak untuk dibuat hiasan. Kalau kita just baca al-Quran tapi x faham maksud, sesuatu yang amat2 merugikan. Betul, bila baca al-Quran, dapat pahala, tapi sayangnya kita x dapat memahami kandungan al-Quran. xde feel. sayang. rugi. Sedangkan dalam al-Quran ni bole dikatakan "ALL in one", haa..bukan "3 in one" lagi..Ada sirah, teguran, peringatan, pengajaran, suruhan, larangan, sains, kehidupan etc..
Lagi best dari mana2 buku! xda pun kat buku2 lain.

Betapanya kita sangat beruntung, kerana yang sampai pada kita sakarang adalah al-Quran yang dah siap dibukukan, cantik dan elok. Maka manfaatkanlah ia.

ok, sambung balik baca al-Quran dengan hati.
Kita ambil contoh mudah, mana lagi terkesan pada diri kita antara novel (bagi peminat novel) dengan buku rujukan?
of course la novel kan? Huhu, ade x orang baca buku rujukan (medic ke, accounting, engineering ke etc) sampai menangis? or emo sorang2? mustila tidak. kalau ade pn (teringin gakla nk jumpe org tu~) mesti orang tu tersangat fanatik dengan subject yg die suke. tapi rasanya xde lagilah yang macam tu.
So, ape yang nak dikatakan kat sini, kita baca novel menggunakan hati, kita rasa sedih bila heroin tu sedih, kita marah bila heroin tu disakiti, sgala rasa yang datang ni adalah dari hati kita, ape yang heroin tu rasa, kita rasa. Hati memainkan peranan yang saangat penting sebab hatilah raja pada anggota badan.
"jika baik hati tu maka baiklah seluruh anggota badan" mksud hadith 6, drp hadith 40.
Jadi bacalah al-Quran dengan hati.

Hebatnya al-Quran ni, dengan beberapa ayat je yang dibacakan, apabila difahami dengan hati, dapat melembutkan hati saidina umar al-khattab, yang mana terus dia jumpa nabi Muhammad untuk memeluk islam. Begitu juga dengan kisah abu dharr al-ghifar. Betapa Allah nak menyentuh hati seseorang tu, dengan hanya beberapa potong ayat, menjadikan mereka orang2 yang hebat dalam menegakkan islam.

Nak baca dengan hati bukannya mudah. Sebab kita bukanlah orang arab, yang faham bahasa arab. So, bacalah tafsir! Tapi kena ingat, bukan bole main tafsir je. Hee. Risau jika ianya x tepat, atau lagi teruk, x betul. Namun itu bukanlah alasan. Bergurulah pada mereka yang 'arif.
Nak belajar musti ade cikgu! :)

Bila kita baca al-Quran menggunakan hati, seolah2 kita berinteraksi dengan al-Quran. Bagaimana? Hanya orang yang melakukannya mengetahui..merasai..

fikir.



"Aku tidur dalam keadaan alpa,
sedangkan merpati menangis,
padahal dia tidak berdosa apa-apa, tetapi aku terlalu banyak berdosa.
Demi Allah, sesungguhnya aku berdusta…
Jika benar aku seorang yang berakal, nescaya aku tidak akan didahului oleh
tangisan merpati.”
~ukhti ST~

MOga thabat di jalan dakwah.

Monday, February 7, 2011

hanya ditaraf HAMBA!

.::Nukilan hati::.

Wahai diriku,

Sedarlah. Sedarlah. Sedarlah.
Sejauh mana aku melangkah,
Setinggi mana kejayaan aku capai,
Segunung mana harta aku kumpul,
Sehebat mana pangkat & darjat aku terima,
Selautan mana ilmu yang aku peroleh..

aku TETAP berada ditaraf HAMBA semata!

Hamba kepada?

Hamba pada harta?
Yang seringkali dikejar oleh manusia. Yaa, aku perlukan harta/duit untuk mengatur kehidupanku. Tapi ingat! dengan harta yang aku ada (jika d salahguna) juga mampu membawa aku pada nerakaNya. Wa na'udzubillah. Seburuk2 tempat kembali.

Atau..hamba kepada manusia?
Yang kadang2 aku sendiri x prasan aku melakukannya. Aku lebih takutkan manusia dari takutkan Allah. Aku lebih malu pada manusia dari malu kepadaNya. Aku lebih mematuhi undang2 manusia dari menuruti undang2 Allah.

Astaghfirullah..

Wahai diriku,

Sedarlah. Sedarlah. Sedarlah.
Aku hanyalah HAMBA ALLAH.
Diri ini begitu kerdil dihadapanNya.
Jangan sesekali SOMBONG!
Segala apa yang aku nikmati sepanjang umurku, hanyalah pinjaman dariNya semata.
Kalau bukan kerana Allah maha pengampun, maha pengasih, sudah tentu tiada seorang pun yang bersih dari dosa2nya.

Oleh itu, segeralah laksanakan tugas sebagai seorang HAMBA ALLAH!
Kerna hidup didunia ini hanya sebentar cuma.
Tiada lagi peluang kedua, sesudah nyawaku diambilNya.

~n.l.a.z~

Hurmm.
Mari kita hayati lirik lagu ini (UNIC, Hanyut):

Cipta dari segumpal darah,
Jelma seraut wajah,
Rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
Diikatkan janji,
Tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
Dugaan tuk menguji kehambaan,
Tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
Selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
Manusia dihanyut indah yang fana,
Terlupa pada fitrah wujudnya,
Hanya ditaraf HAMBA.

Tenggelam pada bisikan dunia,
Tak sedar langkah mudik ke sengsara,
Tergoda pada hasut sengketa,
Rebut FATAMORGANA.

Telah disuluhkan laluan,
Diberi segala pedoman,
Seiring akal dan fikiran,
Mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
Pada selembar takdir insan,
Jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

Saturday, February 5, 2011

..tidur..

Ibadah+khalifah

Sepeti yang kita sedia maklum, ibadah+khalifah adalah tujuan hidup kita. Huu. Ramai je yang tersilap dengan m'anggap ibadah tu just solat, puasa, bca ql-Quran, zikir, bayar zakat etc. Yaa, betul. Tapi BUKAN itu sahaja :) cuz ibadah adalah perkara yang kita lakukan dari kita celik mata hingga kita tidur kembali. Haa, tapi kena ingat! yang dikatakan ibadah itu adalah buat sesuatu kerana Allah swt dan mengikut garis panduan yang telah d tetapkan.

Huu. so, tidur pon ibadah jgak?



Yepp. Rse2 yang ni memang ibadah yang ikhlas kita buat. Hehe. Ade ke orang tidur x ikhlas? Hmm, tidur adalah dianggap sbagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, iaitu sekiranya seseorang itu tidur dengan melakukan saranan2 dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

TIDUR RASULULLAH SAW-d petik dr iluvislam.

Dalam sebuah hadis diterangkan: “Al-Barra’ bin Azib r.a. berkata: “Adalah Rasulullah s.a.w. jika akan tidur, miring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya : “Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, dan menyandarkan punggungku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus”. (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis daripada Huzaifah katanya: Nabi s.a.w. apabila Baginda berbaring di tempat tidurnya, Baginda berdo’a: "Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan aku hidup" dan apabila bangun baginda membaca: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepadaNyalah tempat kembali.”

Daripada ‘Aisyah r.a. katanya: “Nabi s.a.w. apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam Baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdo’a), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dapat disapunya mulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur Baginda menunaikan sembahyang Witir sebagaimana hadis yang menyebutkan: “Nabi s.a.w. juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu umat Islam adalah dianjurkan supaya mengamalkan sembahyang witir setiap kali sebelum tidur.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ketika Baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, Baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum Baginda tidur semula.

Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwudhu’ maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas & kekusutan hati.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Demikian antara cara tidur Rasullullah s.a.w. untuk menjadi amalan kita.

Tidur selepas subuh?

Memang best! Hee. Tidur kan ibadah. x gitu? Nak buat apa bangun pagi2, baikla tidur je, lagi best. Lagipun hari isnin-jumaat kan penat gi class, gi keje etc.
HAA. jangan sesekali m'campurkan yang haq dan yang batil! dan niat sesekali x menghalalkan cara!

Mengikut pengalaman saya la kan, saya pon suke je tdur after subuh (huu~x leh buat menantu nih) tapi saya discover bila saya tidur after subuh, saya akan mengantuk je spanjang hari plus ade sdikit malas. Yela, bukan slalu dapat tidur after subuh, hujung2 minggu aje. Cuz weekdays kita dah set mind untuk pegi keje, pegi class, pendek kata, ade urusan yg perlu d laksanakan.


Tengok macam kucing nih! Akibat suke tidur, diri pn jd malas.

Huu. Tapikan, betapa BANYAKnyaaa masa saya habiskan untuk tidur! Inikah sifat seorang da'e? Sedangkan kelak, kita akan dipersoalkan tentang umur kita, bagaimana kita habiskan. Dan betapa dikala keadaan dunia skarang yang kronik, saya boleh berdiam diri dan tidur dengan tenang.

astaghfirullah.

Then saya paksa diri untuk tidak tidur after subuh. OF COURSE, untuk membiasakan diri pada sesuatu yang kita x biasa, perlukan sdikit (err, banyak kowt~) paksaan. Alhamdulillah, ape yg saya jumpe, sifat malas tu makin berkurang n masa tdur pn dpt d kurangkan. n banyak perkara yang bleh kita buat sbenarnya.(sskali tiada unsur riak, hanya sekadar p'kongsian, moga dpt sama2 ambil iktibar)

Memang betulla, tidur after subuh ni akan mewarisi sifat kepapaan. "papa" dari sudut akhlak. "papa" dr segi mencari rezeki. etc.

Hurm. tips utk x tdur lpas subuh.
Buat permulaan, try gantikan masa tidur tu dgn aktiviti2 yang kita suka. Cthnya baca buku ke, bca artikel kt ntenet ke, kmas2 rmh ke, jogging ke. etc.



Nak jadi cam kucing nih, sntiase aktif! So, moral of d story, jangan banyak tidur!

Thursday, February 3, 2011

menang atau syahid!

Saya percaya, smua sudah sdia maklum tentang ape yang berlaku di Mesir. ya, samada mereka yang memperjuangkannya menang atau syahid!
Setelah hampir 30 tahun rakyat mesir ditindas, korupsi berleluasa etc..n banyak je bantahan2 d buat sbelum ni tapi kali ni merupakan bantahan/rusuhan terbesar..n kalau kita lihat, banyak yang terkorban n cedera..







Jom baca lagi perihal mereka kat cni:

1. http://thecerebro.blogspot.com/
2. http://inijalanku.wordpress.com/2011/02/03/mesir-hari-penentu-telah-tiba/
3. http://inijalanku.wordpress.com/2011/01/30/medan-at-tahrir-kaherah-menjadi-medan-asy-syuhadak/

Supaya kita lebih faham akan situasi sebenar di Mesir.

Wednesday, February 2, 2011

doa seLamat

=)
Doa selamat kat rumah bro mujahid.
sangatt kenyang. huhu. camnela nak diet~



Alhamdulillah.
All praises to Allah.
Moga Allah satukan hati2 kami. amiin.