Thursday, December 23, 2010

walimatul urus



“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” [30:21]

Hujung tahun n awal tahun depan ni, ramai pulak akhwat yang walimah, t'masuklah abang saya. Alhamdulillah, very2 happy 4 them. (sgt gumbira sambil nyanyi lagu maher zain, barakallah)

Hurm. Ape sebenarnya tujuan kita nikah ya? huhu..x dinafikan, bila tengok ramai yang akan nikah ni, saya pun terasa macam nak gak..macam best pulak..(yeke?)
Saya terpanggil nak post entry ni dek ramai bebenor yang akan bernikah t'masuk saya yang berangan2 nak kawen cepat (tp xde calon~err) plus dah lama saya x post entry baru. huhu. xde idea nak post ape..

hurmm. kenapa perlu nikah ek?
mari kite tengok antara sobab & musabab orang nikah:

tengok orang lain nikah die pn nak nikah (mcm sy kowt?)
nak elak maksiat..
menghalalkan yang haram..
nak cari teman hidup d kala sunyi..
family suruh kawen cuz umo da meningkat..

Ape2pun sobab & musabab yang d kemukakan, marilah kita sama2 merenung kembali apa sebernanya tujuan kita nikah n apa yang dikatakan nikah kerana Allah & Love after marriage.



Fitrah manusia yg sihat, lelaki akan tertarik kpd perempuan, n begitulah sebaliknya. Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kpd seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yg wujud d antara dua insan t'sebut.

Hari ini, apabila pernikahan itu difahami hanya dalam konteks menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, maka kita dapat melihat banyaknya masalah dalam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga.

Namun, ape sebenarnya tujuan kita nikah ya?

Pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama, dan hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk separuh lagi. Justeru, hal ini seharusnya menggambarkan kepada kita betapa melalui jalan pernikahan itu dapat melengkapkan sebahagian besar daripada agama. Hal tersebut, sudah tentu berkait rapat dengan maksud dan hikmah pernikahan yang lain.

Antara erti yg paling besar melalui pernikahan adalah pernikahan ini merupakan suatu ibadah, yang dapat membantu kehidupan beragama seseorang itu. Dalam salah sebuah hadith, Rasulullah SAW menerangkan betapa besarnya erti pernikahan dalam konteks melengkapkan agama seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:
“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.”(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Hurm. refer balik pd tujuan hidup! ibadah+khalifah. Bila kita sudah bernikah, maka lagi senang untuk mencapai tujuan hidup. ^-^

Pernikahan juga adalah merupakan perkara yang akan dapat menenangkan jiwa, serta membantu proses untuk meningkatkan kualiti kerohanian seseorang. Hal ini demikian kerana melalui jalan pernikahan akan lebih memelihara kehormatan serta kesucian jiwa seseorang itu. Hati akan lebih tenang kerana sesebuah pernikahan yang baik itu akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan ‘Mawaddah wa Rahmah’, yakni rasa kasih dan sayang.

Selain daripada itu, pastinya adalah lebih mudah bagi seseorang yang telah berkahwin untuk memelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat, termasuklah maksiat hati. Apabila seseorang itu lebih mampu memelihara dirinya daripada maksiat, maka lebih mudahlah untuk seseorang itu memberikan penumpuan kepada ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud:
“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”(Hadith Riwayat Bukhari)

Maka, apa yang penting untuk difahami adalah bahawa pernikahan itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ibadah, serta seharusnya menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, pernikahan itu sendiri adalah merupakan satu kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Adalah penting juga untuk difahami bahawa di sebalik kenikmatan dan faedah pernikahan, terdapat risiko dan cabaran yang seandainya seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya, khususnya tanggungjawab kepada Allah dan kepada Rasulullah, maka pastinya seseorang itu akan mudah terjerumus dan terperangkap dalam hal-hal yang tidak baik yang hadir bersama sesebuah pernikahan.

Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.

Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:
“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”

Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”
Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT.

refer plus edit dr sini. Tanpa mengubah maksud ^-^.

Last but not Least, saya nak ucapkan:

Thursday, December 16, 2010

10 muharam

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, December 6, 2010

cik balkis kuat!

cik balkis kuat!
x sabar menunggu dia kembali senyum dan cergas..
lepas ni boleh sama2 gi rehlah, daurah..kan balkis?



hurm.
pada 5 disember lepas, saya pergi melawat cik balkis kt IJN, huhu, happy je die..saya tanya dia, "sihat x?", dia jawab, "terlebih sihat..siap boleh lari2 lagi kat luar ward tu"..huhu, balkis2..dia sangat tabah! (bak kata cik mus'ab)
time kitorang tengah borak2, tiba2 datang seorang dokter mude, shahrul namanya..hurm, dokter tu kelihatan sangat serabut dan sangatLAH berterus-terang (huhu, x suke cara dkter nih)..rupe2nya dokter ni tengah cuti time tu tapi kena datang gak, dats y la nak cepaaat aje..
then balkis kena pergi buat x-ray, sya pun minta diri untuk beredar..

alhamdulillah.
bila melihat keadaannya begitu, saya rasa tenang. dia redha dengan ketentuan Ilahi. saya sangat kagum dengannya. saya rasa sayalah yang lemah. time dokter shahrul "memperinci" tentang keadaan dia, saya rasa seperti hendak mengalirkan air mata. tapi saya tahan, buat2 tengok tempat lain. tapi bila saya tengok muka dia, dia sangat tenang.

semalam, 6 disember. balkis menjalani pembedahan jantung untuk betulkan valve dia. bermula dari jam 8 pagi hingga jam 3 petang (plus minus). saya sangat risau, tapi hanya mampu berserah pada Allah. kerana Dia lah yang menentukan segalanya, dari Dia kita datang dan pastinya kepadaNya jualah kita akan kembali. kita yang sihat ni pun, bila2 masa sahaja (jika sudah sampai waktunya) boleh pergi, pergi menemui Ilahi..
alhamdulillah, lebih kurang pukul 8 malam balkis sudah sedarkan diri. dia ditempatkan di ICU.

hari ini, 7 disember, bersamaan 1 muharam..merupakan hari yang mulia.
detik permulaan hijrah baginda rasulullah s.a.w dan para sahabat..(",)
insyaAllah, jika sempat, saya ingin melawat cik balkis sebelum pulang ke melaka.
semoga Allah menjaganya. hanya kepadaNya kita meminta pertolongan.

Friday, December 3, 2010

La tahzan..



"dan sungguh, Kami benar2 akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang2 yang benar2 berjihad dan bersabar diantara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu." [47:31]

La tahzan. Innallaha ma'ana.

aku harus kuat!
cuz Allah knows the best for us..

aku juga sedar..bila2 masa sahaja Allah boleh tarik nikmat yang d pinjamkan kpd aku..sebab kepunyaanNya lah segala yang ada d langit dan d bumi..

buat ukht balkis, ukht huda..,

kalian adalah insan hebat yang hadir dalam hidupku..!
Allah sangat sweet, sebab mempertemukan kalian dengan ku..d bumi masterskill! aku percaya akan hikmahNya, walaupn kita x berapa suke (huhu) tapi skarang baru kita nampak antara hikmah kita study kat sini..



aku berharap kalian sentiasa tabah dalam mengharungi ujanNya..sungguh! aku begitu kagum dengan ketabahan kalian, keimanan kalian..kalian insan yang hebat! jadi, jangan pernah berputus asa dengan ujianNya..
"Allah x beban kita dengan sesuatu yang kita x mampu"

Semoga Allah permudahkan segalanya.
dari Dialah kita datang, dan kepadaNyalah kita akan kembali.

saya sayang kamu..kerana Allah..
:(