Tuesday, November 30, 2010

[29:2]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [29:2]

Alhamdulillah. sudah 2 hari aku practical di hospital kem terendak, melaka.
Hurm. masaku agaaak lapaaaang d sini. almaklumlah hospital askar! tidak banyak specimens. huhu. askar je banyak.
Dan d saat ini..aku d uji..sungguh! aku sedang d uji..

aku d uji berjauhan dengan insan2 luar biasa dalam hidupku. keluarga tercinta, sahabat2 yang menjadi peneman tika suka dan duka, yang selalu beri "alarm" pada diri ini tika alpa.
sungguh, aku rindu mereka. :(

aku d uji dengan masa yang agaaak lapaaang. kalau sebelum ini aku practical d hospital pantai, rutin kerjaku sangat busy, tapi skarang sangat lapang. mungkin Allah nak lihat sejauh mana aku bersyukur dan sebaik mana aku gunakan masa yang lapaaang itu. hurm. kene refer balik tujuan hidup! ekceli dalam apa jua keadaan pun, refer balik tujuan hidup kita. aim kita. supaya kita x lari dari jalanNya.



aku juga d uji dengan kehadiran lelaki2 d sekelilingku. dalam lab, luar lab. sungguh! aku rimas!

hurm. teringat kata2 semangat dari sahabat2 (jzkk ezura, balkis, azani, kak fafa & smuaa)
"walaupn ifa sorang2 tapi jangan risau sebab Allah ada".
walaupn kata2 ni smua orang tahu tapi entahla, bila duduk fikirkan kembali, semacam bagi suntikan iman pada diri.

moga Allah pelihara diriku, keluargaku, sahabat2ku. ameen.

Sunday, November 28, 2010

my LIVER




liver=hati.
penting utk jaga hati!

hadith 6 (hadith arba'in):

dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh. dan jika dia buruk maka buruklah seluruh tubuh. ketahuilah bahawa itu adalah HATI.

[7:179]

Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia.
Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah.




actually banyak lagi peringatan2 daripada Allah supaya kita jaga HATI.



MACAM MANA NAK JAGA HATI?

banyak je kot methode. tapi bagi saya..

jaga solat! jaga solat! jaga solat!

perkara lain paling perlu dititikberatkan dalam menjaga hati adalah MATA. kerana dari mata turun ke hati. hee. mata..bilamana kita x melihat kebesaran2 Allah..tp kita lihat screen (TV, LAPTOP etc) or benda2 yang melalaikan..dengan itu bermulalah titik hitam kat hati kita..n bila benda2 yang lalai menguasai fikiran kita, maka malaplah hati kita..

isikan hati kita dengan al-Quran.
"orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." [13:28]

mendampingi insan2 yang seakidah. sefikrah.
kerana d saat kita bersama2 mencintai Allah, hati2 kita bersatu!


hurm. wallahu 'alam.

Saturday, November 27, 2010

[2:208]

beberapa hari lepas, ade kawan kepada kawan saya post kt wall fb die:

"wearing a scarf does not prove ur a muslim n not wearing a scarf does not prove ur not a muslim"

saya pun t'detik nak reply (x knal pn die sbenarnya)
"but wearing scarf is a part of islam. :)"

then, dia reply:
"memakai tdung merupakn 1kewajipan bg smue kaum hawa yg b'agme islam..adlh pilihan sndri utk menurutnye ataupn x..kewajipan itu hny dpt disempurnakn sekiranye se2org itu memakai tdung bkn hny krn kewajipan ttpi juge keikhlasan"

hmm..macam mana nak jawab kat die ek? tapi..kalau lawan balik cakap dia bukanlh solusi yg baik kot, sebab mngkin die akn lbh jauhkn diri..n anggap saya nak lawan dgn dia..


smoga Allah beri hidayah pd die.



wahai org2 yg b'iman! masuklah ke dlm islam secara KESELURUHAN, dan janganlh kmu ikuti lngkah2 syaitan. Sungguh ia musuh nyata bagimu. [2:208]

:)

analogi rumah.

kita nak masuk rumah, tapi kita masuk dengan sebelah kaki je. lagi sebelah kaki kat luar rumah. tapi kita mengaku yang kita da masuk rumah. hurm. fikir2kanlah.

begitu juga dengan islam. masuklah islam secara KESELURUHAN. tiada mudharat melainkan manfaat yg kita dapat.

of course. it takes time.

tapi jangan sesekali mudah mengalah dengan nafsu & syaitan. perangilah mereka! insyaAllah kita x sia2.

nak berubah perlu ada stratergi. bukan berubah mendadak, risau jika ia x istiqomah. tp slagi mana ia dapat istiqomah, maka alhamdulillah, teruskan.

Tuesday, November 23, 2010

worried




a bit worried.


hurm, ade briefing tntg clinical posting td, 5 bulan aku bakal bertapa d hospital kem terendak, melaka. kem askar!
kem askar..sudah tentu x banyak specimens..stiap hari jumaat wajib kawad (ntahla kawad ke jogging dengar2 camtula)..kerja shift, sudah tentu banyak masa terluang..n pergaulan bebas antara lelaki & pmpuan..


okay. worried enough now!


smoga Allah permudahkan segala urusan & pelihara diri ini. ameen.

Saturday, November 20, 2010

ghwazul fikr!

serangan pemikiraaan! huh, camne boleh terkena ye? oleh siapa? n..siapa yang kena?

alhamdulillah 13-14 nov lepas Allah memilih aku untuk m'hadiri daurah ghwazul fikr. walaupun masa tu pelbagai halangan datang dari segenap penjuru. biasala, kalau ade daurah je, mesti ade je yang nak menghalang. ade je tugasan2 yang mendatang. tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, aku pergi juga :)
sedikit sebanyak, ini yang aku dapat kongsikan..

tahanan perang salib:
hanya satu cara untuk kalahkan umat islam iaitu pisahkan al-Quran dr mereka.

pendeta yahudi:
kita tidak perlu tarik orang islam untuk masuk agama lain tapi tarik nilai2 islam daripadanya.

kalau kita kaji sirah, hantarlah sebesar mana pun tentara kafir, pasti tentera islam juga yang menang. sebab tentera islam time tu sangat bersungguh-sungguh dalam berjihad. mereka memang nak sangat syahid tu. tanpa rasa gerun atau gentar pun pada musuh. [8:65]

kita lihat pula zaman kegemilangan islam, mengapa islam boleh menakluki 2/3 dunia ek? tentera islam ni kuat sangat ke? n ilmuan2 islam dulu, adekah mereka belajar hanya semata2 untuk mengejar cita-cita?
hmm, yang pastinya..dan aku rasa semua pun tahu..betapa mereka dahulu sangat tinggi keimanannya..sangat tinggi ketaqwaannya..hidup dan mati mereka kerana Allah..x pernah gentar pada selain Allah..sebab tu mereka boleh berjaya! d dunia & akhirat..

kita lihat sekarang..
(t'masuklah daku..peringatan utkku!!)
manusia bagaikan robot2..xtahu mana hala tuju hidupnya..xtahu mngapa tujuan dia di hidupkan..cita2 tu misi utama hidupnya..
lepas skola masuk U, lps diploma wat degree, lps tu master, lps tu phd..lps tu naik 52..54..jusa C..jusa B..jusa A..
harta, pangkat etc adelah misi utama hidupnya! agama dipisahkan..bila cakap bab agama mesti time nak solat, time nasihat orang lain..walhal kita sedia maklum islam itu CARA HIDUP..bukan kepercayaan smata2..kalau cara hidup tu sudah tentulah t'masuk aktiviti harian kita drp kita celik mata smpaila tutup mata kmbali (tidur)..

setuju atau x yang kita ni sbenarnya dah pun d jajah oleh yahudi dan nasrani melalui ghwazul fikr! lihatlah skarang ni, music, gaya hidup, cara pemakaian, cara pergaulan, sistem pemerintahan, sistem pendidikan, ekonomi etc smuaanya d bawah pengaruh barat! suatu ketika dahulu, mereka susah nak takluki kita kerana keimanan & ketaqwaan kita yg teguh, so apa yang mereka boleh buat adalah untuk menakluki minda kita..supaya kita jauh dr agama kita..jauh dr al-Quran..jauh dr sunnah..& mereka x sskali paksa kita suka pun!! tapi kita sndiri yg suka..kita lah yang tewas..

ape yang kita perlu lakukan supaya islam kembali gemilang??

kembalilah pd jalan yang benar. sungguh jalan ini payah, tapi ingatlah janji Allah buat mereka yang sabar.

"wahai orang-orang yang berselimut! bangunlah, lalu berilah peringatan!, dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segalan perbuatan keji."
(74:1-5]

------------------------------------------//@

nak share lagi.

huhu..saat kami smua d minta tutup mata dan kena merangkak dalam bilik yang gelap untuk mencari pintu keluar, terasa gelaap sangat! n terasa cam aku sorang2 je kat situ n tercari2 arah tuju. betapa aku bersyukur sangat2 atas nikmat mata ini. hurm. hidup, kalau tanpa kenal pasti arah tuju, ibarat mata d tutup n merangkak sana sini.


time ni d beri tugasan utk beli barang kt sunway pyramid.

hurm. tazkirah :)
tibe2 aku d minta memberi tazkirah (xdela tibe2 sangat, d beri masa sehari untuk prepare tapi aku x dapat nak prepare langsung dek beberapa kekangan)..dengan pantas aku menolak! huhu..aku masih banyak kekurangan!! aku x layak!! n sangat ramai peserta daurah kali ni! tapi murabbi aku cakap "da'ie kena sentiasa bersedia. sampai bila nak jadi camni?"
then..aku pun b'setuju..

tp bila sampai je kt lokasi daurah, n stelah separuh hari bersama sahabat2 baru d sana, aku lihat..mereka sangat hebat! hebat sgt2! alhamdulillah..dan tibe2 aku jadi sangat DOWN..dalam hati aku, camne penerimaan mereka nanti? aku x layak..huhu, sampaikan aku menangis! x tau nape emo sangat..
tazkirah yg spatutnya aku kena bagi lps maghrib, kak ain yang terpaksa sampaikn..(spatutnya kak ain kne smpaikn tazkirah pd subuh esok hari)
hmm..dalam aku berduka, Allah beri semangat pd aku..melalui kak su!

kak su ckp "Allah pilih kamu utk beri tazkirah..ramai je yg hebat2 tp Allah pilih kamu..kamu jangan rasa x layak, sebab Allah lah yang beri kefahaman pd mereka..bkn kita"
"kak su x paksa..terpulang..fikirkan baik2, nanti bagitau kak su"

then malam tu aku lalui macam2 perkara yang Allah nak sampaikan pada aku..tiba2 Allah beri aku kekuatan..Allah tenangkan hatiku..dan alhamdulillah, subuh pd keesokan harinya, Allah izinkan aku utk beri tazkirah..Allah lancarkn bibirku..Allah kuatkn semangatku..

terima kasih Allah.

Monday, November 15, 2010

indah~


sunway pyramid. 13/11/2010.



indahnya ukhuwah jika kerana Allah..